Tuah dan Jebat


Tuah dan Jebat
Kisah dua sahabat
Tersurat dalam hikayat
Sama handal sama hebat
Kepada Sultan menjunjung taat.

Kisahnya si Tuah
Setianya pada Sultan
Tun Teja di Pahang dilarikan
Puteri Gunung Ledang dipinangkan
Melur kekasih hati dilepaskan

Kemudian dicerita suatu hari
Bahana diikutkan cemburu buta si babi
Dituduh Sultan si Tuah dan Melur bermukah
Titah Baginda agar Tuah dibunuh

Bangkit Jebat membela sahabat
Dari kezaliman Sultan musibat
Istana Melaka Jebat mengamuk
Sultan celaka bikin kecamuk

Lalu muncul si bendul Tuah
Tawar diri bunuh bedebah
Mengatur langkah menentang Jebat
Keris dihunus ke badan sahabat
Di riba Tuah Jebat rebah
Membunuh kawan yg dibela nasibnya
Atas nama setia pada si Raja
Konon Melayu pantang derhaka.

Hikayat diwaris sehingga kini
Walau Sultan Melaka tiada lagi
Bertahun terpacak gahnya KLCC
Umat Melayu masih berteka teki
Antara Tuah dan Jebat
Mana yang benar dalam jihad
Kerana setia membabi buta
Diturutkan jua segala kemahuan
Membunuh sahabat tiada ehsan
Akibat mabuk taatkan Sultan

Idham M
0731 191214
Kuala Lumpur


EmoticonEmoticon