Persoalanku


Apakah dunia ini semakin ghairah
Melihat bumi bertuah bertumpah darah
Anak kecil, warga tua dan insan tidak berdosa
Terus menjadi mangsa
Kerakusan tentera mabuk kuasa

Apakah dunia hari ini
Hanya memerhati
Diam seribu bahasa tanpa suara
Cuak dikecam penyangak dunia

Baculkah kita?
Sekadar menjadi pekak, bisu dan buta,
Walau hakikat sempurna telinga, mulut dan mata,
Di manakah suara kita?
Apa ikhtiar bantu mereka?
Terus kelu tanpa cerita..

Apa nasib saudara kita di sana?
Diseksa dicerca di dunia yang fana,
Moga korbanmu dibalas syurga
Pada alam kekal selamanya

IM, 17/12/14 0110
Kuala Lumpur


EmoticonEmoticon