• Day 27 - Semua orang mahu jawatan, tapi berapa ramai yang mahu menggalas beban..


    Menjadi orang yang berjawatan ini sememangnya best. Popular, dihormati, boleh mengawal, berduit dan macam-macam lagi kelebihan. Ye la, menjadi orang penting untuk sesebuah organisasi siapa yang tak mahu. Hatta seekor kucing kalau diberi layanan 5 bintang pun boleh naik minyak, apatah lagi manusia.
    Cuma kita tak dapat baca hati budi masing-masing. Apakah matlamat yang mereka hendak capai dengan menjadi seseorang yang berjawatan. Apa yang ditulis dalam manifesto itu kadang-kadang hanya sekadar gula-gula sahaja. Sebagai contoh, ingin memperbaiki sistem pengangkutan dalam kampus. Tapi apa perancangan beliau untuk memperbaiki usaha itu? Boleh jadi dia sudah berfikir, ataupun hanya sebagai gula-gula supaya mahasiswa mengundi dia dengan menggunapakai isu pengangkutan sebagai batu loncatan.
    Saya pernah menjaga organisasi yang mewakili hampir 2000 orang mahasiswa (kira-kira 70% penghuni kampus UTMKL) suatu masa dahulu. Dalam 63 orang jawatankuasa yang dilantik, hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang berjawatan itu menjalankan tugas mereka. Selainnya hanya setakat bersandiwara, bermegah dengan jawatan dan yang lebih menarik, menjadi pengkritik pulak bagi yang buat kerja dan mengadu domba dalam laman sosial.
    Point utama yang saya katakan pada rakan-rakan saya yang mahu menceburi bidang kepimpinan, berjawatan belum tentu menunjukkan dia benar-benar buat kerja. Saya lebih suka ambil mereka yang betul-betul underground buat kerja dan ikhlas dalam memberi daripada hanya dibaluti dengan populariti.
    Beban kerja sudah semestinya akan ada buat mereka yang berjawatan. Saya tak faham kadang kala ada yang menjadikan alasan terlalu terbeban ini sebagai halangan untuk mereka menjalankan tugas dengan baik. Kebiasaannya, assignment berlambak dan juga test kebiasaan menjadi alasan. Kan bagus masa nak volunteer atau nak offer diri untuk jawatan itu mereka terfikir mengenai isu-isu begini. Ianya mudah, kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah ditepi pantai.
    Saya lebih hormat anak buah yang rajin daripada ketua kpd anak buah itu yang malas dan banyak cakap. Bagi saya, menjadi ketua bukan bermakna hanya bagi arahan dan tunjuk jari semata-mata, tetapi bekerja memastikan apa yang dirancang itu berjalan. Bukan hanya takat cakap manis tapi haprak hasilnya tiada. Bidalan orang putih ada mengatakan, "Words is cheap, Action is golden".
    Semoga kita sama-sama memperbaiki diri kita. Ingatan ini saya tekankan pada diri saya terutamanya dan buat rakan-rakan saya yang bergelar pemimpin amnya.
    Salam hormat
    Idham Wan Mahdi
    Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan