• Day 12 - Seminggu selepas masuk besi

    Alhamdulillah, masih lagi diberikan peluang utk hidup. Kepala masih pening2 lagi akibat pelbagai jenis ubat yg diambil buat masa ni. Doa hati kecil saya agar Allah teruskan memberi sifat tabah kpd sy utk terus menghayatinya.
    Saya terus menikmati masa berkualiti dgn keluarga. Masa yg sy x dpt nikmatinya masa sy sihat sbb terlalu byk komitmen kerja. Menerima seberapa banyak kasih syg dr seorang mak dan dorongan drpd ayah buat sy kdg kala menitis air mata sendiri. Alhamdulillah.
    Sy terus berdoa agar tulang sy cepat tumbuh supaya sy boleh terus berbakti kpd mak ayah sy seperti selalu. Sy nak jd ayam tambatan keluarga seperti dahulu, melakukan yg terbaik utk family.
    Terima kasih buat rakan2 dan saudara mara yg dtg melawat. Allah jualah yg mampu balas budi dan jasa baik kalian dgn semangat dan sokongan yg diberikan tatkala hati ini kdg kala luluh dgn apa yg terjadi.
    Kpd rakan2 sperjuangan efest dan sme, sy doakan dr jauh anda berjaya menghadapi rintangan dan cabaran spjg berkomitmen. Kpd rakan2 bejb, slmt berkuliah. Jaga diri dan smoga boleh bergraduasi on time.
    Terima kasih kerana sudi membaca.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan