Pendekatan Berkecuali Malaysia mempermudahkan urusan MH17

Wajah tenang DS Najib walaupun sedang menanggung ujian yang berat ke atas beliau dan pasukannya

Saya berkesempatan meneliti hampir sebahagian daripada dada akhbar, sama ada dalam dan luar negara. Seperkara yang saya ambil perhatian adalah, tatkala dunia terarah menunding jari kepada Russia, Ukraine dan Puak Pemisah, Malaysia tidak mengambil langkah terburu-buru dan emosi untuk menyelar mana-mana pihak.

Malaysia juga tak tunjuk pandai dan menghormati kedua-dua kerajaan (Ukraine dan Russia) serta tidak terus melulu menyelar Puak Pemisah Pro-Russia walaupun bertubi-tubi dikecam media antarabangsa.

Jelas, sikap berkecuali sebenarnya menguntungkan Malaysia dan sikap ini tidak menimbulkan sebarang persepsi negatif antara hubungan baik Russia-Malaysia dan Ukraine-Malaysia, malah dihormati oleh Puak Pemisah Pro Russia.

Penghargaan harus diberikan buat DS Najib dan pasukan beliau atas sifat kesederhanaan serta ketabahan untuk menyelesaikan konflik yg begitu kritikal ini.

Terima kasih, PM DS Najib dan Kerajaan Malaysia atas usaha menyelesaikan isu MH17.


EmoticonEmoticon