• 17/7/2014 | Amsterdam - KL MH17 | Dalam Kenangan


    Saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa nahas MH17 yang terhempas di utara Ukraine, berhampiran sempadan antarabangsa Russia-Ukraine.

    Ianya sangat mengejutkan, kerana masih hangat lagi berita mengenai MH370, kini menyusul sebuah lagi kapal terbang MAS terlibat dalam kes tragedi melibatkan penerbangan awam.

    Bukan kita pinta pun untuk terjadi sedemikan rupa, mungkin ada pengajaran yang boleh diambil Malaysia dan dunia dalam kes ini.

    Saya mendoakan agar semua pihak yang diuji agar terus tabah, terutama pimpinan negara dan MAS.

    Saya juga bersyukur rakan-rakan saya yang sedang belajar di Belanda selamat dan sejahtera di sana. Mudah-mudahan kalian dilindungi Allah SWT.

    Sekali lagi, salam takziah drpd saya dan marilah kita sedekah al-fatihah kpd mangsa yang beragama Islam.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan