• Syukur itu Indah


    Kadang kala, kita merasakan, apa yang berada di sekitar itu serba kekurangan dan tidak memadai. Kita sering kali merasakan bahawa kitalah yang paling teruk keadaannya dan paling sukar berbanding orang lain.

    Apa yang berlaku di hadapan mata saya hari ini cukup menginsafkan. Seorang asnaf masih lagi rasa bersyukur di atas kesusahannya ketika saya berjumpa dengan hamba Allah ini di Bangunan Baitulmal. Di mulut beliau, terkumat kamit ucapan syukur kepada Allah dan juga zikir kepadaNya.

    Mengingati Allah adalah penawar yang paling mujarab untuk hati. Ada orang mungkin dikurniakan bergunung emas, tetapi masih lagi gundah gulana. Ada orang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi , kais petang makan petang tapi hidup aman bahagia. Dari Allah jualah datangnya sumber kebahagiaan.

    Alhamdulillah ~~
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan