• HEMAT SAYA : Kerajaan Perlu Faham Isyarat Rakyat


    Seminggu ini, riuh diperkatakan isu Kangkung. Hal ini gara-gara isu ucapan DS Najib yang dalam ucapannya menemplak rakyat yang tidak bersifat adil dengan menghargai apa yang kerajaan buat, sebaliknya bila naik sahaja harga barang terus kerajaan diserang dengan pelbagai tohmahan. Asalnya kangkung itu hanyalah subjek contoh sahaja untuk harga barang yang turun, tetapi ntah bagaimanalah silapnya perkara itu diterangkan dalam media sehingga menjadi sedemikian rupa.

    Pada hemat saya, ianya isyarat bahawa rakyat sedang marah dalam diam. Sebab orang sekeliling saya yang dulu penyokong tegar BN dulu pun dah mula menyanggah apa yang kerajaan buat. Jangan cerita la penyokong di sebelah kem pembangkang. Dengan pelbagai isu yang kurang enak di sebelah kem kerajaan, saya kira ianya perkara yang kurang baik. Kalaulah pilihanraya berada dalam tempoh yang terdekat, dah tentu-tentu saya boleh katakan bahawa pihak pembangkang berada dalam posisi yang baik.

    Macam saya katakan dalam post-post yang terdahulu, rakyat sebenarnya sedang tunggu timing untuk betul-betul menghukum. Selain daripada demonstrasi, tengok sahaja la di laman sesawang sosial dan juga internet, bersepah-sepah artikel ketirisan kerajaan. Kalau dulu hanya portal pembangkang sahaja yang sebarkan berita begitu, sekarang dengan org yang dulu penyokong tegar BN pun begitu.

    Jadi, apa lagi yang mahu diretorikkan kerajaan untuk mengalih isu ini. Rata-rata rakyat dah tak tengok media arus perdana. Di tambah pula dengan ulasan menteri yang terlalu tajam dan tak munasabah untuk rakyat mengenai kenaikan kos, rakyat sedikit demi sedikit makin hilang sabar tengok telatah kerajaan.

    Saya faham, nak mentadbir sebuah negara bukan mudah, cuma fahamilah isyarat yang diberi rakyat. Berubahlah, sebelum rakyat mengubah kerajaan..
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan