Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum wrbh dan Salam Sejahtera.




Pertama sekali, penulis ingin ucapkan selamat tahun baru 2012 buat semua warga dunia yang membaca blog penulis. Penulis ingin mengajak semua membaca agar kita kembali bermuhasabah diri apakah 2011 yang baharu saja berlalu membawa erti kepada kita atau sebaliknya.

Di samping itu, kita juga harus menilai sejauh mana sumbangan kita pada semua yang berkaitan dengan kita, atau kita hanya tahu buka mulut dan mengkritik semuanya serba tidak kena.

Walau apa jua keadaan kita, penulis mendoakan agar semua yang membaca blog ini senantiasa dirahmati Tuhan dan sentiasa mendapat hidayah dan inayah-Nya dalam menghadapi jalan hidup yang kita tidak tahu di mana kesudahan. :)


selamat maju jaya dan ceria-ceria selalu...


Salam keikhlasan:-
Idham M, 2012



EmoticonEmoticon