• Lets The Conversation Begin : Mesej Buat Umat Islam



    Hari ini, tatkala saya melayari internet, saya tertarik pada sebuah video yang ditayangkan pada blog Perkongsian Hot di Facebook. Videonya mudah sahaja isinya. Seorang muslim menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT tepat apabila tiba waktunya walaupun terdapat kekurangan dari segi tempat dan juga suasana, tidak macam kita di Malaysia di mana masjid dan surau merata-rata, tetapi ramai yang ambil mudah soal hubungan dengan Allah ini.

    Sebagai hambaNya, satu-satunya cara untuk kita berhubung seharian hanyalah dengan nombor 24434.. Ini bukanlah nombor telefon, tetapi nombor rakaat pada lima waktu dimana Subuh (2), Zuhur dan Asar (4), Maghrib (3) dan Isyak (4).

    Ingatlah, kita tidak rugi pun meluangkan masa untuk Allah tetapi kita akan jagi manusia yang paling rugi jika tidak berbuat demikian. Kita harus ingat untuk apa kita diciptakan;


    Oleh yang demikan, ayuh kita muhasabah diri kita kembali dan seterusnya kembali memantapkan akidah dan ibadah kita demi menuju jalan yang diredhai oleh Illahi. Semoga paparan video yang dikongsikan bersama ini dapat dijadikan manfaat bersama. InsyaAllah..:)

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan