• Kembara'11@Pangkor - Trip ke Pangkor!

    Assalamualaikum wrbh dan Salam Sejahtera semua!

    Alhamdulillah, sekali lagi dapat melapangkan masa walaupun dalam keadaan yang x berapa sihat ini untuk menulis. Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca mengenai pengalaman bercuti di salah sebuah pulau di Malaysia, Pulau Pangkor!

    Well, percutian ke Pulau Pangkor ini sebenarnya adalah bukan idea yang dirancang pada mulanya. Ceritanya bermula apabila program yang pernah saya kendalikan sahaja (bukan anjurkan) ada saki baki duit untuk dihabiskan, maka Tuan Pengetua memberi idea supaya amaun duit tersebut dapat dihabiskan untuk meraikan krew-krew yang bertungkus lumus untuk program Pesta Heri Terbuka KSJ yang lalu.

    Pada asalnya, tempat-tempat berikut dipilih

    1. Singapura (terus buat Global Outreach Programme)
    2. Melaka - Port Dickson (Dah selalu sangat)
    3. Cameron Highland (tinggi la pulok)
    4. Terengganu (musim tengkujuh, banjir yop)
    5. Genting Highland (x boleh, judi2..)

    akhirnya saya buntu...then tetiba, minnie mouse sy cdgkan knapa tidak pergi ke Pangkor sahaja...terlindung dari musim tengkujuh disebabkan keadaan geografinya dihimpit Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera.. Huhuhu... x sangka pulak Minnie Mouse saya pandai geografi.. =). Then, terus sy propose kat Tuan Pengetua yang kami ke Pangkor. Huhu, mmg umpama baling batu, dua ekor burung meninggal la jawabnya...hahaha

    Ni la kerja sementara tunggu nak naik feri. Main takraw tepi jalan.... (Eh, mana mimu yer..owh, dah serah pada penjaganya..)
    Ok, dipendekkan cerita, kami bertolak pada malam 16 Disember 2011 ke Lumut. Hehehe.. Awal sangat sbb nak kejar feri jam 9 pagi. Tiba di sana, tepat jam 3 pagi... Kami sempat mengeteh kat Restoran DJ Dave (marah minnie sy kalau dia tahu, kawasan dia kot). Thanx kpd Najib Hamidin atas jasa baik anda belanja teh untuk pagi tersebut sambil layan cerita "Anaconda" yang ditayangkan di skrin besar restoran. Then, masing-masing menuju ke bas kembali untuk tidur sementara menunggu waktu subuh, manakala saya...lalala...di sekitar Lumut tu...

    Bersama dengan Dato' Penghulu, Afiq Kuda..:)..hehehe
    Setelah menunaikan solat subuh, kami bersarapan bersama dengan Pembantu Felo di gerai sekitar Lumut. Kemudian, tepat jam 9.00 pagi, Pengarah Program Kembara'11 (nama program yang diberi last minit) memberi arahan untuk naik feri untuk ke Pangkor.

    SubhanaAllah, cantik sungguh pandangan di Pangkor. hutannya masih belum terusik berbanding KL yang penuh ngan hutan konkrit, di Pangkor / Lumut x ada pun rumah-rumah flat mcm kat KL, just ada rumah-rumah kayu yang teguh dan segar mata memandang. Lagipun, saya memang suka rumah-rumah kampung. X perlu air cond, mmg dah sejuk semula jadi sebab diperbuat daripada kayu.. Begitulah hebatnya kejuruteraan orang Melayu.

    Eh, Shahrul...scandalkan?? dgn NSK  NSJ lak tu..hahaha..





    Permandangan Cantik @ Pangkor ketika menaiki van pink..huhuhu...


    Van or teksi?? Keliru?!
    Ok, setibanya di Pangkor, saya dan rombongan disambut oleh En. Kassim (alamak, mcm Kassim Selamat daa~~) untuk ke Pangkor. Dengan menaiki teksi Pink yang comel (kata Minnie), kami bergerak ke Teluk Nipah, Pangkor, menuju ke Kem Raudhah.

    First impression saya ingatkan teruk sgt la kem ini sbb Minnie saya kata agak negatif, tapi thank goodness, cantik lah, minnie..:) Saya pernah tgk kem latihan di mana buangan sisa kumbahan pun x teratur . Lagi teruk saya rasa... hehehe.. apa2 hal pun, saya keep enjoy my trip ke Pangkor. Jejak sahaja kaki di lobi kem, saya berkenalan dengan En. Syawal, Pengurus Kem. belaiu memberikan taklimat untuk hari ini dan juga jungle trekking yang akan diadakan slps makan tgh hari. Kemudian, anak-anak buah diberikan rehat sementara menantikan jam 12 tgh hari utk makan.

    Menaiki basikal ke tepi pantai..Otw balik ke kem jumpa akak yang comel tu for the 'first' time dalam van pink..hahaha...

    Saya sempat juga sementara menunggu detik 12 tersebut berbasikal ke tepi pantai bersama rakan-rakan. Saya lihat, wow, mcm-mcm aktiviti pantai ada kat sana.. Jom saya senaraikan,

    - snorkeling
    - jet ski
    -banana boat
    -kayak
    -rafting
    -argh, dan macam-macam lagi..seronoknya....

    kira mcm ni la, Pulau Pangkor ni mcm Pulau Langkawi jgak la, cuma dari segi promosinya x agresif lagi berbanding pulau kelahiran mahsuri itu.
    Sebut mengenai Pulau Pangkor, apa yang terlintas di fikiran saya adalah Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 yang di tandatangani oleh Sir Andrew Clerk dan Sultan Perak ketika itu, Sultan Abdullah di mana negeri satu satu kandungannya adalah, negeri Perak akan menerima seorang Residen Inggeris (JWW Birch) di mana kesannya, Inggeris mula mencengkam pentadbiran negeri Perak. Perjanjian ini dibuat di atas kapal HMS Pluto di perairan Pangkor. Ha, begitulah gamaknya sejarah besar di Pulau Pangkor.

    Ok, selepas semua bersiap makan tgh hari dan solat zuhur, masing-masing bergerak untu slot Jungle Trekking. Diketuai oleh En. Syawal dan Sdr Ahmad Faiz, rombongan cik Kiah seramai 34 orang meredah hutan simpan kekal Sg. Pinang. Perjalanan selama 1 jam 30 itu menempuh curam, pokok besar dan juga pelbagai lagi halangan yang menyajikan pandangan indah hutan belantara sangat menyeronokkan walaupun keletihan.

    Makan-makan...Kelihatan Penghuluwati sdg menahan gelora nafsu makan..hahaha...

    Awas, tenuk melintas! Dey, nama hutan dah....hahaha


    Ok, selepas jungle trekking, masing-masing berkumpul di Pesisir Teluk Nipah untuk aktiviti air. Malangnya, hujan la pulak.. Maka, saya dengan tegasnya (owh, poyo la pulak) tidak memberi lampu hijau untuk aktiviti snokeling. Tambahan, bos call dari KL dan mengingatkan saya ttg keselamatan. Alryte, bos, langkah-langkah pencegahan telah diambil.

    Alhamdulillah, ku sangkakan hujan lebat hingga ke maghrib, rupanya panas pabila petang. Wah, hepi bebenor mereka sbb dapat pergi snorkeling. Ok, dah rezeki mereka. Syukur ya Rabb. Kami mulakan aktiviti air dengan banana boat, kemudiannya ke Coral Island untuk snorkeling (saya tak g snorkeling pun sbb rabun..sob..sob)...

    Oit, itu budak UTM berkayak tu....hahahaha
    Banana boat..huhuhu...
    Permandangan senja Pulau pangkor dari Nikon Coolpix L21...SubhanaAllah..

    Senja pun menjelma, maka saya pulang kembali ke kem. Saya terpaksa gerak awal oleh kerana ada rakan saya di bilik yang memerlukan ubat. so, setibanya saya di kem saya terus menghulurkan ubat dan air. Hope dia rehat cukup2.. Selepas semua bersiap, kami ke tempat makan untuk menikmati BBQ yang disediakan oleh abg yg tuff dan kakak yang manis...(hahaha, aku scandal..:p). Awalnya, semua orang kene buat persembahan untuk malam kebudayaan, tapi disebabkan semua lemah longlai akibat sukan air ptg tadi, maka saya dengan murah hatinya berkata tak perlu...hehehe... konon baik la tu...(ntah-ntah ada agenda tersirat).. eh, mana ada, saya baik kot..:) hehehe...
    Sedang memeberi taklimat utk esok hari...Berita baik tuan2, puan2, sy istiharkan mlm ni semua wajib tdo...(hidden agenda la tu..hahaha)

    Semua masuk tidur, ada juga yang degil ke Pantai walaupun disuruh tidur... haha, biorlah..kene kejar anjing baru tau..Tapi saya pun degil juga..Pergi ke Pantai Teluk Nipah dengan berjalan kaki bersama Najib, Afif, Hakim, Zahir dan Ahmad, bajet berani arr, walhal dah set kaki utk langkah seribu.. (dalam mesej, Minnie kata anjing tu baik..x kejor org...caya je la cakap dia)...hahaha... Sempat jugak kami beli cenderahati untuk orang kat KL...

    Ok, kemudian semua balik kem untuk tidur...cuma saya jer x dapat tidur sbb kene buat kerja lebih masa.. Kerja apa, jangan tanya saya.. hehehe.. minnie je tahu...

    Hahaha... 18/12/11.. Hari terakhir.. Pagi tu lepas sarapan, semua diberi ruang untuk aktiviti bebas..Ada yang berkayak, ada yang berenang, x kuarang juga buat kuak kupu-kupu atas katil (termasuklah saya)..hahaha...



    Betul ke bunyi haiwan ini, meow..meow??

    Jam 12, semua orang berkumpul utk makan tgh hari...Tapi sblm tu bergambar dulu kat lobi kem..snap..snap...(ada org tu tgk dari jauh je...hehehe..ingat nak ajak dia sekali masa tu...) Sekali lagi kami menikmati masakan kari yg betul2 kaw punya...pak Ayob suka sgt dgn kari tu sampai beli roti..hehehe... Selepas makan tgh hari, masing solat zuhur berjemaah sebelum kemas bilik dan check out...

    Jam 3ptg, semua menaiki van pink utk 'island tower. tour' la...Kami berjalan-jalan sekeliling pulau.. wow, jalan sempit maa... Selekoh pun perlu hon dulu baru masuk... Takut-takut berlanggar dgn orang... Kami sempat singgah ke kilang satay ikan (tapi x beli pun satay sbb Pak Ayob drebar bas x kasi, suruh beli kat Lumut). Apa yang saya beli adalah key chain lampu berkuasa solat dan kapal... hehehe... Maklumlah, bilik Presiden Kolej skrg kan muzium pameran cenderahati..hahaha..



    Lawa kan van dia? hahaha... Pink panther punya van ni, minnie..:)

    Ni kalau buat Pangkor drift ni, mmg terbaiklah..:)


    Sotong-sotong...
    Bersama dgn uncle besi kat Tokong!

    Kereta siapa? Saya? owh, sudah tentu sekali bukan. Kebetulan semasa ke Pangkor, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sdg menghadiri majlis di Pangkor.


    Kemudiannya, kami ke tokong Gong Xi Fa Choi Fu Lin Kong di Pulau Pangkor.. Wow, besar la..kat atas bukit tu, minnie kata ada replika Tembok Besar China. Tapi x sempat nak pi la, sbb nak kejar feri..sob..sob...

    Ok, setibanya kat jeti, kami terus ambil feri untuk ke Pangkor. Guess what, akak kat kem tu pun ada sekali..hahaha, sempat jugak dia kejar kami... (iye ker??..konfius..konfius...). Saya pun jadilah bodyguard akak kem tu nak lalu..hahaha..havoc gila...naik je feri, saya lepak ngan akak kem tu sembang-sembang..thanx la akak kem, hehehe...hope ada banyak masa lagi ngan akak kem mcm ni...hehehe...

    Hehehe, masa utk balik ke KL... alamak, kuliah la esok hari...huhuhu... Sebelum balik, kami sempat singgah kat Kedai Hasil Laut Jamilah untuk beli satay ikan dan pelbagai hasil laut untuk dieksploitasi balik ke England..Eh, silap, Kuala Lumpur...
    Ni la kedai mak angkat Pak Ayob drebar bas...sungguh bebenor minta kami beli kat sini...hahaha... Kayalah mak cik Jamilah hari tu..haha
    KEMBARA'11 x habis setakat itu sahaja... thanx to cik penghuluwati, Yana dan Inche Penghulu, Afiq, mereka berjaya bodek drebar bas ke Teluk Intan.. (Alamak, kampung minnie la...)..hahaha... Makan malam la derr..hahaha... Setibanya kat Teluk Intan, masing-masing dapat duit raya RM15 dari saye..konon kaya la, walhal bos besar kasi..thanx bos... :)

    Sedikit fakta tentang Teluk Intan. Teluk Intan merupakan salah satu bandar penting di Perak pada zaman kolonial British. Kaitan Teluk Intan dengan UTM terletak pada sejarah Naib canselor pertama UTM, Tan Sri Ainuddin Wahid, seorang anak Melayu berjiwa Islam yang tulin yang memiliki kemahiran kejuruteraan dan integriti yang tinggi. Mercu tanda popular di Teluk Intan adalah Menara Condong Teluk Intan, menara condong popular di dunia selain Menara Condong Pisa. Dibina oleh arkitek Cina, En Leong Choon Cheong pada tahun 1892 dan berfungsi pada asalnya sebagai tempat simpanan air dan juga jam untuk penduduk Teluk Intan. 


    Teluk Intan... Tempat lahir akak kem tu dan juga tempat asal NC Pertama UTM, Tan Sri Ainuddin Wahid.


    Everything is awesome kat Lumut >> Pangkor >> Teluk Intan. Kalaulah hidup ini ibarat Astro Beyond (Play, Rewind, Pause), mmg dah lama dah nak rewind semua tu kembali.. Heheh... Kepada semua yang menjayakan program ini, saya ucapkan jutaan terima kasih... Special kredit buat :-

    1. Ahmad faiz bin Ahmad (PP Kembara'11@pangkor)
    2. Nurul Shazliana bt Norhasnan (Penghuluwati)
    3. Muhamad Afiq bin Ismail @ Kudaboy (Penghulu)

    atas kerjasama yang diberikan spjg program travelog ini... My special thanx goes to Minnie  sy sbb bagi idea yang saya kira cukup bernas untuk program ini.. Kalau tak, ntah ke mana hala la kami pergi..:)

    My Greatest Appreciation goes to my Bos, Encik Mohd. Sharil Abdullah yang mmg sporting dan understanding mengenai anak-anak buahnya di KSJ... Satu pantun untuk bos..

    Masak ranum buah longan
    Mari dimakan di tengah taman,
    Disanjung tinggi budi tuan
    Kecil tapak tangan satu KSJ kami tadahkan... (bodek-bodek)


    Ok, terima kasih kerana sudi membaca... jumpa lagi! (owh, terlantar balik atas katil...zZzzzz)
    Yang ini pula?? Biarlah gambar itu berbicara...:)




  • You might also like

    2 ulasan:

    1. HAI SERONOK BETUL BUDAK JKM TAK HABIS HABIS DENGAN PERCUTIAN.. TAK HENTI HENTI MENGHABISKAN DUIT PELAJAR UNTUK PERGI BERCUTI.. KALAU PELAJAR LAIN TAHU MESTI DIA ORANG TAK NAK BAYAR DUIT KOLEJ.. SEBAB YG HABISKANNYA JKM JUGAK.. TUI

      BalasPadam
    2. Assalamualaikum wrbh..

      Baguslah atas komen mem'bina' saudara. Terima kasih kerana berkunjung ke cak-lempong. Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada saudara yang suka sgt komen tanpa menyiasat akar umbinya.

      Untuk makluman anda, duit percutian ini SESEN pun x guna duit kolej tetapi adalah lebih daripada duit penajaan TEMMASYA'11 hasil usaha ahli-ahli JKM Sendiri. jadi, Tuan Pengetua memberi keizinan untuk meraikan krew-krew temmasya yang bermati-matian cari penajaan melalui aktiviti ini. Ia bukanlah seperti yang digemburkan saudara di atas di mana JKM habiskan duit kolej untuk aktiviti sesama JKM.

      Kedua, JKM sama spt mana-mana persatuan lain di mana bila buat aktiviti, kene melalui prosidur yang sama, buat permohonan dan mohon peruntukkan. Bukan tetiba ajaib dapat duit dan enjoy macama ni. Sah-sahlah anda tu bukan golongan yang selalu buat program, tetapi pengomen je lebih, tapi harap layan 'First Class'.. (malang betul KSJ ada org mcm ni)

      Kita mcm ni je la, saya tahu siapa anda, dan mmg sengaja saya x nak londehkan seluar anda kat sini, kalau berani, jom jumpa dengan saya dan semua ahli JKM KSJ, then kita tahu siapa yang dipihak benar dan sebaliknya..ok..:)

      Terima kasih.

      BalasPadam