Ulasan Buku Ainuddin Pejuang 'Degil' Melayu


Assalamualaikum wrbh dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, baru sahaja membaca buku Ainuddin Pejuang 'Degil' Melayu... Y Bhg TS Ainuddin selayaknya dinobatkan Bapa Pendidikan Teknikal Negara.

Berjiwa Melayu Islam yang sangat kental, kekal sehingga kini pada tembok utuh bangunan UTM JB, mengubah lanskap sebuah institusi kolonial Maktab Teknik Kuala Lumpur kepada sebuah maktab / institut / universiti berteraskan Islam-Melayu, berani menginovasikan pendidikan orang Melayu dan memberi peluang dan ruang berharga untuk berjaya, sangat kasihkan anak bangsa dan pejuang sebenar alif, ba, ta (agama, bangsa dan tanah air) sebaris dengan Allahyarham Tun Razak, Aminuddin Baki,

Seorang jurutera, tidaklah berlatar belakangkan seorang warga akademik yang sebenar, namun mampu mengangkat asas pendidikan teknikal daripada hanya sebuah maktab ke sebuah universiti yang kini dijulang oleh negara sebagai sebuah RU.

Seseorang yang tegas dan berprinsip, cekal dan tabah dan prihatin atas masalah bangsanya. Pemimpin sebeginilah seharusnya menjadi model mahasiswa yang sekarang ini masih lagi terikut-ikut teori barat atau masih berkira-kira untuk mencari seorang idola yang baik.

Idea dan didikannya, bukan hanya terpapar pada sebuah logo atau bangunan refleksikan Islam dan Melayu, malah sentuhannya melahirkan ribuan teknokrat MTKL / ITK / UTM berjiwa Islam Melayu bertebaran atas bumi Allah kini. Sesungguhnya, umat Melayu-Islam di Malaysia, terutamanya warga UTM seharusnya terhutang budi dan kasih kepada seorang bapa UTM yang menjadi pejuang yang tidak didendang.

Buat Y. Bhg Prof Datuk Dr. Tajudin Ninggal dan Encik Mohd Sharil Abdullah, saya kira, Buku Ainuddin Pejuang 'Degil' Melayu seharusnya menjadi buku wajib dibaca oleh semua pemimpin mahasiswa UTM Melayu-Islam. Saya cadangkan agar UTM boleh ambil inisiatif menghadiahkan buku ini kepada mana-mana MPM/Pemimpin Mahasiswa yang dilantik selain token yg biasa diberi universiti supaya roh UTM yang ditiupkan TS Ainuddin dapat dipelajari oleh mereka melalui buku ini.

Biografi ini unik, di mana jasanya bukanlah beliau sendiri yang ceritakan, tetapi orang lain. Benarlah kata pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama.. InsyaAllah. Semoga Allah merahmati TS Ainuddin dan keluarga. Tahniah dan terima kasih buat Datin Seri Fatini Yaacob sbg penulis buku ini dan Y. Bhg Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang, UTM Vice-Chancellor atas inisiatif menerbitkan buku ini.

1 comments:

Thanks for listing all the steps to add a digital signature to Adobe Acrobat. I have been struggling from hours to perform this task but is facing lot of problems. But now I can easily perform this task with the help of this tutorial.
digital signature Adobe


EmoticonEmoticon