Tutorial : Digital Signature dengan Perisian Adobe Acrobat X Pro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk kali ini, saya akan menerbitkan catatan blog secara TUTORIAL yang pertama di CaK-LempoNG! Saja-saja nak test ada bakat ke tidak mengajar rakan-rakan dengan menggunakan medium blog. Biasa cakap mulut je. Baiklah, untuk tutorial yang pertama ini, saya akan ajar anda semua bagaimana untuk menandatangani dokumen dalam komputer berserta komen pada tandatangan itu..:)

Nota : Sila klik gambar untuk paparan yg lebih jelas, terang dan nyata..:)

1 : Sila buka perisian Adobe Acrobat x Pro pada desktop. selepas klik, ia akan keluar paparan yang ini akhir sekali



2. Sila klik create PDF pada window Getting Started untuk buat dokumen baharu. Untuk makluman semua, akhir pada perisian ini adalah sebuah dokumen berbentuk PDF yg sememangnya tidak boleh diedit kembali melainkan menggunakan software2 tertentu. Kemudian, tetingkap berikut akan keluar;



3. Tetingkap Open akan keluar pada skrin anda. Sila buka fail yang anda hendak sain. Menariknya pada perisian ini, ia boleh membaca pelbagai dokumen bermula pada dokumen autocad (dwg...dll), 3D file sehinggalah XPS (xps). untuk tutorial ini, sy menggunakan dokumen Microsoft Word untuk tandatangan.

4. Apabila dokumen dibuka, paparan di atas akan menjelma. Anda akan dapat melihat dokumen anda dalam perisian ini. Kemudia, pergi ke tool di bulatan merah bertanda satu dan klik place signature



5. Satu tetingkap akan keluar dan meminta anda untuk lorekkan kawasan yang anda mahu turunkan tandatangan anda...Klik ok.. Kemudian lorekkan kawasan yang hendak ditandatangan..



6. Satu tetingkap "Sign Document" akan keluar. bagi yang telah ada tandatangan, hanya tekan butang Sign sahaja.

Bagi yang tidak ada lagi digital signature, sila ikut cara di bawah. Klik create New Appeareance. A



Satu tetingkap baharu akan keluar. Sila lihat bawah;


Tetingkap Configure Signature Appearance akan keluar. Sila setkan title kepada nama anda atau apa2 sahaja yang anda mahu. Sebelum melakukan step ini, pastikan anda telah scan tandatangan anda di atas kertas kosong dan savekan dalam fail jpeg atau yang biasa disave dalam bentuk gambar seperti gif atau png. Lihat bawah;



Klik option "Imported Graphic" pada pilihan untuk "Configure Graphic". Untuk configure text, ianya hanya sebagai add-ons sahaja. Sekiranya anda tanda kotak yang disediakan, anda akan lihat tanda tangan anda akan ada data seperti tarikh anda tandatangan dan lain2..

**Nota, untuk kali pertama, anda mungkin perlu daftar tandatangan anda dan setkan kata laluan (password) sekali...

Apabila selesai, klik ok sahaja..

Tetingkap "Sign Document" akan muncul kembali dan pilih profil tandatangan anda tadi. Kemudian, klik sign untuk turunkan tandatangan.

Seterusnya satu tetingkap lain untuk save dokumen yang anda tandatangan sebentar tadi. Anda boleh memilih untuk simpan pada file tersebut atau gunakan nama lain bagi dokumen tersebut. Klik save maka siaplah dokumen anda untuk paparan berserta tandatangan anda..hehehe...


************************************************************************************

Katakanlah anda ini seorang yang memang suka memberi komen bagi surat yang anda tandatangani, atau anda seorang bos besar yang mahu tulis nota kecil kepada anak buah anda, maka sila ikut step ini..;

Berbalik pada dokumen anda sebentar tadi, pergi ke tetingkap "Comment" yang bertanda bulatan merah no 1 dan terus ke "Sticky Note pada bulatan merah no 2. (Lihat gambar bawah)




Klikkan di mana anda mahu tulis komen anda. Akan keluar satu kotak seperti dialog berwarna kuning (Bulatan merah no 3) dan tetingkap kecil yang bertulis nama anda (nama saya xerox) - Lihat gambar bawah untuk arahan ini. Tuliskan komen anda pada tetingkap itu yang saya tandakan bulatan merah no 4.

Selesai. Maka savekan dokemen anda tadi..

**********************************************************************************

Ok, jom kita semak dokumen tersebut jadi atau tidak.

Kita buka fail yang kita simpan tadi dengan klik fail pdf yang kita hasilkan. Dan hasilnya adalah...

Ah-ha, dah sempurna. Alhamdulillah. Maka siaplah tandatangan digital sata pada dokumen ini. Biasanya surat agreement kerajaan guna fail PDF untuk ditandatangani, dan semestinya, lebih praktikal guna perisian ini.

Biasa saya guna microsoft word dan juga gambar tandatangan saya berformat gif... hari ini saya guna software canggih sikit.

Tutorial ini mungkin kurang tepat, maka saya memohon maaf atas kekurangan itu dan harap ia membantu untuk mana-mana bos atau individu yang ingin guna digital signature. Ini adalah percubaan pertama saya buat tutorial dan harap ia dapat membantu semua bloggers mengenai digital signature. Saya juga amat alu-alukan komen yang membina daripada kalian untuk tutorial ini..Terima kasih..

-Street Smart is Better Than Book Smart-

Semoga ia membantu..

1 comments:

Thanks for listing all the steps to add a digital signature to Adobe Acrobat. I have been struggling from hours to perform this task but is facing lot of problems. But now I can easily perform this task with the help of this tutorial.
digital signature Adobe


EmoticonEmoticon