Perhimpunan Bersih 2.0 : Bersih sangat ker perhimpunannya?


Kurang daripada seminggu lagi, Malaysia akan menyaksikan satu demostrasi yang diwara-warakan akan berlaku di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Perhimpunan Bersih 2.0, perhimpunan di mana kononnya menuntut proses pilihanraya di Malaysia supaya dijalankan dengan adil dan bersih. Penganjurnya, Datuk S. Ambiga tetap berkeras untuk menganjurkan perhimpunan ini walaupun sudah melebihi 1000 bantahan dibuat oleh rakyat diseluruh negara dan juga diberi amaran oleh PDRM.

Melihatkan situasi semasa, Gerakan Bersih 2.0 yang menuntut agar pilihanraya dijalankan secara adil bukanlah adil sangat pun. Lihat sahajalah penyertaan dalam Bersih 2.0. Semuanya daripada parti pembangkang yang merasakan bahawa sudah 12 pilihanraya mereka kalah kerana kerajaan menjalankan pilihanraya secara tidak adil selama ini. Walhal, Suruhanjaya Pilihan Raya adalah satu suruhanjaya bebas yang hanya diberi amanah oleh negara untuk menjalankan pilihanraya dengan telus.

Agak menyedihkan apabila melihat ada kalangan penyokong dan juga pemimpin yang menyokong Bersih menyamakan perhimpunan haram ini dengan rapat umum menuntut kemerdekaan. Entah di mana silapnya suratan sejarah negara kita sehingga mereka menyamakan niat 'suci' mereka itu sesuci perjuangan menuntut kemerdekaan, walhal mereka tidak sedar impak yang akan berlaku sekiranya perhimpunan ini terus dijalankan.

Pemandu teksi, peniaga, peruncit, orang awam, agensi pelancongan dan ramai lagi yang menjalankan perniagaan di sekitar kawasan demostrasi Bersih 2.0 ini akan terjejas. Apakah ini dinamakan rakyat sebagai satu kumpulan yang bakal membela rakyat? Yang menganjurkan demostrasi ini adalah orang kaya, orang yang dipayung orang kaya, tetapi nasib mereka yang sederhana yang sedaya upaya mencari sesuap nasi setiap hari sudah tentunya terjejas sekiranya perhimpunan ini dijalankan terutamanya para penjaja.

Apakah pemimpin Bersih 2.0 terlalu egoistik sehinggakan perkara ini tidak boleh dibawa ke meja perundingan dan diselesaikan secara baik? Kejam sangatkah kerajaan sehingga tidak mahu mendengar pandangan daripada Bersih 2.0. Jika kita lihat balik sejarah Bersih ini, mereka diberi ruang menubuhkan dsekreteriat di Parlimen Malaysia, malah diberi ruang untuk berbincang dengan SPR beberapa kali, dan jelas, kerajaan terbuka menerima pendapat mereka.

Usul yang dibawa mereka ditolak atau diterima terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana kredibiliti kerajaan. Rakyat bukanlah bodoh untuk menilai sehingga perlu diadakan demostrasi sehingga sanggup memperjudikan keamana dan juga periuk nasi rakyat kita yang berniaga pada masa itu. Jelas, penganjur Bersih 2.0 tidak peka terhadap rakyat yang mencari rezeki pada hari tersebut.

Kemudiannya, apabila berlaku kucar kacir, kekecohan yang berlaku, maka mulalah episod untuk menyalahkan Polis tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dan juga berat sebelah. Jadi, saya ingin mengajak rakan-rakan blogger agar berfikir sejenak rasional untuk menyertai perhimpunan ini. Tidak ada faedah pun malah merugikan kita juga. Kita mahu keamanan, bukan huru hara.

Thailand, Indonesia dan Filipina telah bergolak. Apakah Malaysia mahu bergerak ke arah itu juga. Fikirlah sendiri. Buat penganjur perhimpunan, samada Bersih 2.0, Patriot mahupun Perkasa, sila fikirkan kepentingan rakyat dahulu sebelum membuat demostrasi. Jangan nanti menang sorak, habis kampung tergadai.


EmoticonEmoticon