• Nilai dengan teliti, barulah atur strategi untuk berperang

    Oleh Wan Muhammad Idham Wan Mahdi,
    Presiden Jawatankuasa Kediaman Siswa Jaya, UTM iC



    Saban hari, dalam hari-hari kepimpinan saya di Kediaman Siswa Jaya, saya berfikir apakah yang terbaik yang saya harus buat untuk KSJ? KSJ sejak 2 tahun setengah ini saya anggap seperti rumah pertama saya walaupun rumah sebenar saya terletak berhampiran KSJ. Saya rasa cukup bersyukur kerana di KSJ, pihak UTM telah menyediakan pelbagai kemudahan demi keselesaan mahasiswa yang menginap di KSJ dan juga kebajikan siswa di sini terjaga hasil usaha bersama Pejabat HEMA, Pejabat Kolej, MPM, JKM dan juga Persatuan Pelajar. Terima kasih kepada pihak yang terlibat. Kerana ada pihak-pihak yang berikut inilah, setakat ini tidak ada lagi siswa kita mati akibat kebuluran atau hilang tempat tinggal dan terpaksa merempat di bawah flyover DUKE.

    Malangnya, ada juga pihak daripada kalangan kita ini umpama tidak sedar dek untung. Kerjanya, asyik merungut, bersungut dan juga menyalahkan orang lain, seolah-olah orang lain yang salah, diri sendiri sahaja yang betul, serba sempurna. Saya tidak nafikan wujud golongan-golongan yang 'JUMUD' ini dalam KSJ.

    Ya, tidak salah kita mahu meluahkan pendapat dan ketidak puashatian kita, tetapi biarlah berhemah. Jangan ambil tindakan populis hanya semata-mata untuk memprotes atau membantah tindakan pihak yang kita tidak berpuas hati.

    Baru-baru ini pihak pengurusan kolej dan pegawai keselamatan giat mengadakan operasi untuk memastikan setiap daripada peraturan kolej dan universiti diikuti. Akibatnya, ramai yang disaman dan menyatakan ketidak puas hatian mereka dalam laman sosial facebook. Agak menduka citakan, ada pula pihak yang mewujudkan satu page khas untuk melahirkan ketidak puashatian mereka terhadap pihak yang terlibat.

    Bagi saya, perkara ini tidak harus berlaku dalam komuniti warga akademik di IPTA tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Hanya orang yang 'buta hati' dan juga 'keras kepala' sahaja yang menyalak di dalam laman sosial. Seharusnya, ambillah langkah konstruktif dengan mengajak pihak-pihak yang berkepentingan, duduk semeja dan berbincang mana yang terbaik. Terima usul atau tidak itu cerita kedua, yang penting kita ambil jalan terbaik dahulu, kemudian apabila pihak bertanggungjawab tidak ambil langkah sepatutnya, barulah kita ambil langkah yang lebih drastik dengan menggerakkan mahasiswa.

    Inilah yang dinamakan kuasa mahasiswa. Bukan hanya tahu membantah dan cakap-cakap belakang, tetapi mengambil langkah proaktif bagi mendepani isu-isu berbangkit dalam kepimpinan. Pihak-pihak yang dipilih untuk mahasiswa dengan harapan mewakili mereka seharusnya ambillah langkah berani untuk mengkaji isu berbangkit dengan penuh adil dan telus seterusnya dibawa berbincang ke pihak pentadbiran yang lebih tinggi.

    Jangan sesekali pergi berperang tanpa senjata. Itu kerja kurang pandai namanya. Akibatnya nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Malang sekali disitu dan diri sendiri yang malu, bukan hanya pada mahasiswa sendiri, tetapi kepada pihak atasan di universiti.

    Saya bersuara bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa, malah saya berpegang teguh kepada kepimpinan siswa yang diterajui oleh MPM sendiri, tetapi apa yang saya harapkan, kepimpinan tertinggi siswa seharusnya bermuhasabah kembali, memikirkan apakah strategi kepimpinan mereka berjaya? Atau hanya sekadar melepas batuk di tepi tangga...

    Bagi yang mana-mana bekas pimpinan siswa, saya ucapkan terima kasih atas perkhidmatan anda sepanjang tempoh kepimpinan yang lepas. Yang baik itu menjadi contoh kepada kami, yang kurang baik itu seharusnya dimurnikan. Tidak semua dasar pimpinan siswa yang lepas boleh diterima pakai untuk tahun kepimpinan ini. Oleh yang demikian, nilailah kembali keputusan-keputusan universiti hari ini hasil daripada dasar kepimpinan siswa yang lepas seperti masalah parking. Bak kata pepatah, rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi...Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

    Akhir kata pada saya, saya menyeru rakan-rakan kepimpinan siswa supaya berfikir dan ambillah masa untuk bermuhasabah diri. Kita ada lebih kurang 4 bulan kepimpinan sahaja lagi untuk melakukan seberapa banyak legasi di sini dan seharusnya kita melipat gandakan usaha kita, menajamkan lagi pedang idea kita dan menyerap seberapa banyak lagi ilmu kepimpinan di sini selagi masih ada peluang. Ciptalah legasi disini, nescaya orang akan kenang kita sebagai pejuang siswa / persatuan yang sejati. Teruskan usaha murni kalian!

    "Give a wise man instruction, and he will BE YET WISER"
    - Mr. Bernett Eyre Shaw, First Principle of VI

    Wan Muhammad Idham Wan Mahdi,
    UTM International Campus, Kuala Lumpur.
  • You might also like

    3 ulasan:

    1. Tahniah am untuk entri terbaru ini..seharusnya mahasiwa lebih bijak berfikir demi kebaikan bersama. dan bukannya bertindak melulu tanpa memikirkan kesannya secara overall..trmasuklah nama baik universiti, jawatankuasa, rakan2, dll..darah orang muda sukar untuk ditentang..dan bg mereka yg agak jumud, sudah smestinya memikirkan cara yang mudah untuk memuaskan hati mereka..perjuangan secara proaktif..byk kburukan dari kebaikan..sama2 bermuhasabah..

      BalasPadam
    2. great leadership lead to great organization:) mahasiswa/siswi slalu guna hati dan perasaan, sikit pun ta guna akal fikiran.

      BalasPadam
    3. orang tak nak & tak reti2 nak bersyukur, mcm tu la die...

      BalasPadam