Ayuh belajar mengenai Petroleum, RON dan juga Pembakaran dalam Kenderaan


Kenaikan Harga Minyak Mempengaruhi sebahagian besar kehidupan masyarakat kini

Mulai 1 April 2011, Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga petrol RON 97 daripada RM2.50 kepada RM2.70, naik RM0.20 berbanding sebelumnya. Sudah semestinya, kenaikan ini membebankan rakyat dan apa yang penting, barang-barang komoditi seperti barang dapur akan turut sama naik sedikit. Baiklah, pada entry kali ini, saya akan terangkan apakah itu RON dalam klasifikasi minyak dan menyentuh mengenai kadar harga petrolium di dunia serta serba sedikit mengenai kegunaannya dalam kereta/enjin.




Apa itu RON?

RON adalah singkatan bagi ‘RESEARCH OCTANE NUMBER‘, dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam enjin anda.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Tidak bermakna menggunakan RON95 itu tidak bagus untuk kereta anda. Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatutnya tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda.

Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded (tanpa plumbum) ataupun leaded (plumbum).

Apabila anda rujuk kepada manual kereta anda, di situ ada tercatat minimum ron yang boleh digunakan. Kalau dia tulis ron 95, maknanya anda kena guna Ron 95 dan ke atas saja. Jangan pula guna minyak bawah ron95. Nanti rosak pula kereta anda.

Selain di dalam buku panduan, anda juga boleh melihat sticker Octane Rating minimum di lid penutup minyak kereta anda. Di situ pun biasanya ada di catatkan.
kereta minyak ron95
Secara asasnya memang lagi tinggi RON tu, maka lagi bagus minyak tu. Tapi perlu diingat, RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.
Jadi, paling pentingnya ialah periksa manual kereta anda, apakah nilai minimum octane rating atau RON nya. Gunalah minyak paling minimum yang dicatatkan itu. Kalau RON95 maka anda boleh guna RON95 tanpa ada sebarang masalah. Dengan menggunakan minyak RON95, anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda kerana ianya lebih murah.

Secara amnya, mana-mana negara maju telah sedar bahawa pelepasan gas dari asap-asap kenderaan merupakan salah satu sebab utama pencemaran. Ia dibuktikan dahulunya ada 2 jenis minyak yang diguna pakai secara meluas iaitu *leaded(plumbum), unleaded (tiada plumbum) dan diesel. Leaded telah diharamkan penggunaannya kerana mempunyai sejenis bahan kimia yang dipanggil Tetraethyl membantu mengurangkan ketukan (knocking) pada enjin kereta tetapi ianya juga membahayakan manusia dan alam sekitar. Syarikat minyak gergasi berlumba-lumba untuk mencipta satu formula yang baik untuk enjin kereta dan juga mesra alam. Maka terciptalah petrol unleaded iaitu minyak petrol yang tidak mempunyai kandungan Tetraethyl dan seterusnya mengolah kandungan petrol utama (oktana) agar kuasa enjin lebih cekap dan kurang ketukan pada enjin.


Petronas - Antara Gergasi Petroleum dunia berpangkalan di Malaysia

Banyak kajian telah dilakukan oleh para syarikat minyak gergasi di dunia sehinggalah wujudnya RON92,RON95,RON97. Teknologi automotif dunia berkembang pesat, kajian demi kajian telah dibuat agar pengguna mempunyai taraf hidup yang selesa dan mesra alam. Sebagai penduduk bumi yang prihatin, seboleh-bolehnya enjin kereta kena diserasikan dengan minyak mesra alam. Oleh yang demikian penggunaan RON95 atau RON97 bergantung kepada pengeluar enjin kenderaan anda.

Disebabkan kadar pembakaran RON97 lambat berbanding RON95. Di Malaysia, harga RON97 diapungkan oleh nilai pasaran dunia. Maknanya, kalau nilai minyak mentah dunia naik, maka harga minyak di negara kita pun turut meningkat. Walaubagaimana pun, kerajaan masih lagi menanggung subsidi 17 hingga 18 sen seliter bagi meringankan beban rakyat. RON95 masih kekal kerana kerajaan masih mampu mengekang kenaikan harga RON95 dengan memberikan subsidi sebanyak 79sen seliter.

Berikut adalah perbandingan harga yang ku ambil dari laman web Berita Semasa:-

# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels

Mengikut ranking Asia Tenggara, Indonesia pengeluar minyak terbesar di rantau Asia Tenggara dan diikuti oleh Malaysia. Sekarang aku mau buat perbandingan antara hanya minyak antara 2 negara ini. Harga RON97 di Malaysia adalah RM2.70 seliter. Indonesia RM2.14 seliter. Jika kita lihat pada angka, memang minyak di Indonesia lebih murah daripada Malaysia tetapi cuba kita kaji dari segi rizab minyak mereka berbanding Malaysia. Suka aku ingatkan, kerajaan Indonesia tidak menyediakan subsidi minyak kepada rakyatnya dan permintaan minyak mereka adalah tinggi biarpun mereka pengeluar terbesar di Asia Tenggara.

Bagaimana dengan Malaysia? Secara amnya, sama juga dengan keadaan di Indonesia tetapi kita mendapat oleh subsidi kerajaan. Tak payah pikir jauh-jauh. Tengok keadaan jalanraya kita. Sesak disana sini. Ini bermakna, permintaan terhadap minyak adalah tinggi. Kereta makin hari makin bertambah. Dengan itu, harga minyak pun naik.

Tidak semua kenderaan memerlukan penggunaan petrol RON 97. Sila rujuk sini untuk dapatkan senarai kenderaan yang mampu menggunakan RON 95 sebagai bahan bakar kenderaan. Bagi pengguna kenderaan berkuasa tinggi seperti Mitsubishi Lancer Evo, Subaru Impreza, Honda Civic Type R ataupun kenderaan yang digunakan untuk memecut laju, disarankan memakai petrol RON 97 supaya lancar pembakaran berlaku.

Apakah ada lagi kaedah yang digunakan untuk mengklasifikasikan jenis minya. Jawapannya ya. Antara kaedah yang diguna pakai dalam industri petroleum untuk mengelas jenis minyak antaranya;

1. Motor Octane Number (MON)
Terdapat jenis penarafan oktana yang lain, dipanggil Bilangan Oktana Motor/Motor Octane Number (MON), atau penarafan penerbangan oktana kering, yang mana merupakan pengukuran yang lebih baik bagaimana bahanapi bertindakbalas apabila di bawah beban, disebabkan oleh ianya dinilai pada kelajuan enjin 900 rpm , sebaliknya pada 600 rpm bagi RON. Ujian MON menggunakan ujian enjin yang serupa dengan ujian yang digunakan di dalam ujian RON, tetapi dengan campuran bahanapi yang dipanaskan sebelumnya, dan pemboleh ubah masa pencucuhan untuk lebih memberi tekanan kepada rintangan pengetuk bahanapi tersebut. Bergantung kepada komposisi bahanapi, MON bagi suatu minyak moden akan menjadi kira-kira 8 hingga 10 mata lebih rendah daripada RON, walau bagaimanapun tiada kaitan di antara RON dan MON. Biasanya, spesifikasi bahan api memerlukan kedua-dua RON dana MON yang minimum.

2. Anti-Knock Index (AKI)
Di dalam kebanyakan negara, termasuklah Australia dan semua mereka di Eropah, "tajuk utama" penarafan oktana yang ditunjukkan di pam adalah RON, tetapi di Canada, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, seperti Brazil, bilangan tajuk utama adalah purata RON dan MON, dinamakan Indeks Anti-Pengetuk/Anti-Knock Index (AKI, dan selalu ditulis pada pam sebagai (R+M)/2). Kadangkala ia juga dipanggil sebagai Bilangan Pam Oktana/Pump Octane Number (PON).

3. Observed Road Octane Number (RdON)
Jenis penarafan oktana yang akhir, dipanggil sebagai Bilangan Oktana Cerapan Jalan/Observed Road Octane Number (RdON). Ia diambil daripada pengujian minyak di dalam dunia enjin multi-silinder yang sebenar, biasanya pada pendikit buka penuh. Ia dibangunkan pada 1920-an dan ia masih boleh dipercayai pada hari ini. Unian asal telah dilakukan di dalam kereta-kereta di atas jalan raya tetapi sebagai teknologi membangunkan ujian telah dialihkan ke casis-casis dinamometer dengan kawalan persekitaran untuk ketekalan.


Semoga maklumat yang dirangkumkan dalam artikel ini mampu membantu anda membuat pilihan bijak minyak mana yang lebih baik untuk digunakan. Pilihlah dengan bijak dan sudah semestinya ia mampu menjimatkan siling anda semaksima yang mengkin.

Rujukan dan Terima Kasih;
1. Lisa Ali Cakap (Tawau)
2. Pakar How To
3. Wikipedia : Penarafan Oktana
4. Wikipedia : Harga Minyak Malaysia



Idham Mahdi merupakan seorang sukarelawan Petrosains sejak tahun 2009 dan juga penuntut di Universiti Teknologi Malaysia, KL. Pernah merangkul Anugerah Inovasi Negara 2007 bersama SM Teknik Kuala Lumpur untuk projek keselamatan penunggangan motorsikal. Kini menjawat jawatan sebagai Presiden Jawatankuasa Kediaman Siswa Jaya, UTM IC.

2 comments

selama nie..maen isi je minyak jnji penuh.....


EmoticonEmoticon