Tsumani@Jepun - Alahai Ultraman

Assalamualaikum wrbh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah, sekali lagi saya dapat meluangkan masa untuk menulis dalam blog saya. Kali ini, kita bercerita mengenai isu semasa, iaitu bencana gempa bumi yang mencecah 8.9 skala ritcher dan ekorannya ombak tsunami di Jepun. Setinggi-tinggi takziah saya ucapkan kepada saudara-saudara saya, rakyat di Negara Matahari Terbit. Jepun dan semoga semuanya dipermudahkan urusan menghadapi musibah yang telah melanda. InsyaAllah.

Fokus saya untuk catatan kali ini lebih berkisar mengenai isu tempatan yang ada kaitan dengan tsunami di Jepun. Wah, Malaysia pun kena tsunami ker? Tidak, tapi tempiasnya ada dengan air melimpah secara mendadak di sekitar kawasan Batu Burok, Terengganu beberapa jam selepas gempa bumi di Jepun. Ala, isu pelukis karikator Zoy melukis gambar Ultraman dengan Tsunami dan disiarkan di Berita Harian.



Pertama sekali, saya ucapkan tahniah la kepada semua warga dunia atas keprihatinan mereka mengenai isu Tsunami di Jepun sehingga karikatur begini pun dirasakan tidak wajar. Ya, saya akui sekiranya saya di tempat rakyat Jepun, sudah tentunya saya merasa amat terhina, sedih dan juga marah dengan karikatur kerana mempersenda mereka melalui karikatur ini. Ultraman, adalah salah satu superhero daripada negara Matahari Terbit itu yang menggambarkan kekuatan dan juga kehebatan kerana setiap kali episodnya, pasti Ultraman juga yang menang. Macam mana pula saya tahu, kerana saya juga peminat Ultraman masa kecil-kecil dahulu.

Alhamdulillah, pihak Berita Harian telah pun memohon maaf secara terbuka atas kekhilafan yang berlaku dan diharap agar semua menerimanya dengan hati yang terbuka. Kita juga harus ingat, staf dalam Berita Harian itu juga bukanlah Ultraman, mereka adalah manusia yang sudah semestinya akan melakukan kesilapan juga.

Kepada pelukis Zoy, teruskanlah melukis kerana karya anda itu tetap berharga. Cuma selepas ini, perlu lebih sensitif dengan emosi pembaca. Bukan apa, manusia ini memang suka menilai dan apa yang tidak kena, sudah pasti akan dibidasnya walaupun mereka tidak memahami apakah abstrak sebenar yang cuba disampaikan.

Bagi saya, apa yang cuba disampaikan saudara Zoy cukup mendalam.

"Sejauh mana kuatnya sesuatu itu (Simbolik Ultraman - yang cukup sinonim dengan Jepun), apabila sampainya takdir tuhan untuk turunkan bencana, sudah pastinya tidak dapat dielakkan."

Ya, kita sedia maklum Jepun serba maju, daripada teknologi, peralatan teknikal, sains dan kejuruteraan dan pelbagai lagi disiplin ilmu, tetapi apabila tuhan mengkehendaki bencana berlaku di Jepun, maka jadilah ia. Jika kita melihatkan kemampuan Jepun mereka bentuk pelbagai gadget hebat untuk manusia sejagat atau mungkin untuk mengesan atau menghalang bencana alam, tetapi belum tentu lagi boleh melawan kehebatan Tuhan yang sememangnya maha perkasa.

Kuasa Tuhan telah memperlihatkan sejauh mana kekuatannya berbanding teknologi manusia yang makin hari makin canggih tetapi belum dapat lagi menandingi PenciptaNya yang sebenar. Maka, apa yang cuba disampaikan oleh pelukis itu cukup mendalam sebenarnya. Hanya mereka yang menilai dari sudut hiburan sahaja yang menyatakan perkara ini menyindir rakyat Jepun walhal dia terlepas pandang bahawa Tsunami itu bukanlah manusia yang lakukan, tetapi kerja Tuhan yang menguasai alam ini.

Apa apa pun, saya ucapkan tahniah juga pada saudara Zoy kerana berjaya menyampaikan mesej ini kepada saya dan mungkin juga ramai lagi yang melihat daripada sudut yang saya lihat ini. Janganlah kita memarahi beliau tanpa memberikan beliau peluang untuk menjelaskan apa yang cuba disampaikan dalam karikatur itu. Mudah-mudahan, pihak Berita Harian tidak menutup terus periuk nasinya di sana.

Wallahuaklam bis sawab..

Sekian, terima kasih

-Idham Mahdi-
UTM IC, KL

p/s : Prihatin pula CNN kan siarkan berita tentang karikatur ini, berita tentang kekejaman pihak yang di sana tu tidak mahu pula dicanang kan? Bagusnya...




EmoticonEmoticon