• BAGAIMANA UNTUK MEREALISASIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SEBAGAI KAMPUS HIJAU?




    Oleh : Wan Muhammad Idham Wan Mahdi 
    Tahun 2, Diploma Kejuruteraan Elektronik, UTM International Campus, Kuala Lumpur.

    Sebagai mahasiswa UTM, kita adalah pemain utama (prime player) dalam usaha untuk menjadikan kampus UTM ini sebagai Kampus Hijau. Kehidupan seharian kita di kampus sebenarnya mampu untuk membantu alam sekitar agar terpelihara bersih dan juga menjana kewanagan melalui amalan berjimat. Ikutilah cara-cara yang mampu menjadikan kita sebagai penggerak utama kepada kampus hijau.

    Pertama, ayuh kita berbasikal ke kampus. Berbasikal ke kampus mampu menjadikan badan kita lebih sihat dan seterusnya menyegarkan minda untuk menerima ilmu dalam bilik kuliah.

    Seterusnya, bawalah bekas air dan makanan sendiri ke kampus. Dengan membawa bekas sendiri, anda sebenarnya telah membantu peniaga untuk berjimat bergalen-galen air untuk membasuh pinggan dan cawan setahun dan juga menjimatkan wang untuk membeli plastik mahupun bekas polistrin. Maka, harga makanan pun pasti menjadi lebih murah.

    Waste to wealth adalah satu ungkapan yang biasa kita dengar. Bayangkan, sampah-sampah dalam bilik kita boleh kita jana wang daripadanya. Bagaimana caranya? Kumpul barang-barang yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, plastik dan botol dan jualkannya di pusat-pusat kitar semula yang berdekatan. Sekurang-kurangnya, ia mampu mengurangkan beban perbelanjaan kita daripada PTPTN mahupun biasiswa penaja.

    Sementelahkan, kita mampu menyelamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan plastik. Bawalah beg sendiri semasa membeli-belah di kedai. Dengan cara ini anda telah membantu untuk mengelakkan daripada menjadikan himpunan sampah di Malaysia menjadi setinggi menara KLCC selama seminggu.

    Akhir sekali, ajaklah rakan-rakan kita untuk sama-sama mengikut cara kita dalam usaha murni ini. Ingat, perkara yang baik sekiranya selalu diamalkan, akan menjadi budaya.

    Go Green – Kita Prihatin, UTM ke arah Kampus Hijau Terbaik Dunia.

    ** Esei ini telah menggondol tempat pertama Pertandingan Esei Sempena Kempen Green Tech Anjuran COMSTAR, UTMIC.

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan