• KLIMS'10 : Kereta Tempatan Berkelas Dunia

    Saya di Kuala Lumpur International Motor Show 2010, PWTC, Kuala Lumpur


    Kuala Lumpur International Motor Show 2010, pameran kereta dan kenderaan terulung di negara ini telah bermula sejak semalam, 3 Disember 2010 sehingga 12 Disember 2010 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pameran ini dilihat amat signifikan dalam perkembangan industri permotoran tanah air kerana melalui pameran inilah, rakyat mampu menimba sesuatu dan merasakan sendiri teknologi terbaru dalam industri permotoran dunia.

    Saya berkesempatan untuk berkunjung ke KLIMS'10 pada hari pertama pameran ini dijalankan. Untuk makluman pembaca, untuk berkunjung ke pameran ini, bayaran tiket dikenakan.

    Sila klik jadual untuk paparan yang lebih jelas untuk jadual tiket atau klik sini.

    Saya dan rakan saya, Ahmad bersama-sama merasai bahang kehangatan pameran motor terulung di negara ini. Pelbagai syarikat automotif, tidak kira sama ada tempatan atau pun bertaraf antarabangsa tidak melepaskan peluang untuk menyertai pameran automotif yang diadakan di Kuala Lumpur. Syarikat automotif yang menyertai KLIMS kali ini adalah PROTON, PERODUA, Isuzu, Daihatsu, Honda, Toyota, Lexus, Chery, Naza Motor (Ferrari, Lamboghini, Ducati, Harley Davidson), Hyundai, Nissan dan lain-lain lagi. Apa yang pasti, masing-masing mempamerkan teknologi terbaru dalam pembikinan keluaran model terbaru dan konsep kereta masa depan yang mampu dimafaatkan oleh masyarakat model pada masa kini dan akan datang.


    Honda Insight, salah sebuah kereta Hybric keluaran Honda


    Maka pada edisi KLIMS kali ini, kereta hybric diperkenalkan secara meluas kepada rakyat Malaysia. Model kereta antarabangsa seperti Toyota Prius, Honda Insight, tidak ketinggalan kereta tempatan seperti Proton Exora EV, Proton Saga EV, dan pelbagai model hasil inovasi syarikat automotif untuk memperkenalkan konsep kereta hybric kepada umum.

    Toyota Prius, kereta Hybric yang disebut-sebut bakal menyusuri jalan raya kita pada tahun hadapan dengan pengecualian cukai oleh kerajaan terhadap kereta hybric.

    Pengenalan kereta hybric ini adalah susulan daripada dasar kerajaan dalam Bajet 2011 yang mengecualikan kenderaan hybric daripada dikenakan cukai dan untuk menggalakkan rakyat memiliki kenderaan yang lebih mesra alam. Terbukti, usaha kerajaan itu mendapat reaksi positif pengeluar kereta dunia untuk mempromosi kenderaan hybric untuk kegunaan rakyat Malaysia.

    KLIMS'10 juga dilihat sebagai penanda aras dan juga medium buat rakyat untuk membandingkan sejauh mana kualiti kenderaan tempatan dan juga antarabangsa dalam satu pameran mega. Bagi saya, ternyata kenderaan tempatan seperti Proton dan Perodua telah berjaya meletakkan mereka sebaris dengan pengeluar kereta terkemuka di dunia. Pengalaman Proton berkerjasama bersama Lotus dan Mitsubishi serta Perodua bersama Daihatsu telah menampakkan bahawa industri automotif negara kita mula melangkah dengan lebih jauh dengan pengenalan teknonogi baru yang pastinya lebih efisen dan yang penting, mesra alam dan pengguna.

    Proton, syarikat automotif sulung negara dalam KLIMS mempamerkan dua kenderaan hybric mereka iaitu Exora EV dan Saga EV (EV adalah singkatan kepada Electric Vehicle). Di samping itu, Proton juga turut memperagakan 5 model konsep terbaru yang mengambil nama 5 panglima ulung Melayu iaitu Proton Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Proton Inspira, model pengganti Proton Waja yang bentuknya seakan-akan Mitsubishi Lancer juga turut dipamerkan kepada umum bersama-sama dengan kereta konsep, Proton Emas. Lotus juga tidak ketinggalan mempamerkan hasil keluaran mereka antaranya Evora.

    Proton Kasturi (adaptasi daripada model Saga), kereta konsep keluaran Proton kali ini. Model lain adalam Tuah (Persona), Lekir (Lotus Evora), Lekiu (Exora) dan Jebat (Inspira).

    Rakan saya, Ahmad disamping model konsep, Proton Lekir

    Perodua, adik kepada Proton juga tidak kurang hebatnya. Memperkenalkan kereta konsep Perodua Bezza, model terbaru ini dilihat berjaya memukau pengunjung pada pintu masuk utama KLIMS'10 kali ini. Selain itu juga, Perodua memperkenalkan kereta konsep yang diadaptasi daripada model Myvi, Perodua Infiniti yang sarat dengan gadget-gadget terkini dalam kenderaan konsep ini.


    Memperkenalkan model konsep terbaru Perodua, Perodua Bezza

    Ternyata, syarikat automotif tempatan juga mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dengan syarikat automotif dunia yang terkemuka kini. Sejarah 25 tahun Proton dan industri kereta negara yang pada asalnya dikenali kereta tin biskut kini mampu membina legasi baru dalam sejarah automotif dunia. Semuanya adalah usaha anak tempatan yang berani menceburi bidang ini dan tidak segan untuk menimba ilmu daripada sesiapa sahaja termasuk gergasi automotif dunia, Jepun dan Eropah.

    Antara keunikan KLIMS'10 kali ini adalah pameran model transformers, Bumble Bee yang diilhamkan daripada model Chevrolet Camaro 2009 dan Batmobile. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri beberapa kereta konsep dan merasai pengalaman untuk berada dalam kereta konsep tersebut. Banyak juga pengusaha-pengusaha berkaitan automotif memperagakan barangan mereka pada KLIMS'10 kali ini.


    Bumble Bee, salah satu watak dalam komik Marvel Transformers daripada model Chevrolet Camaro 2009

    Secara keseluruhannya, KLIMS'10 membawa dimensi baru dalam industri automotif negara dan bukti bahawa syarikat automotif tempatan adalah berkelas dunia. Ayuh rasai pengalaman berada dunia automotif yang serba canggih tanpa perlu ke luar negara. Semuanya berada di PWTC, Kuala Lumpur selama 10 hari bermula 3 Disember 2010. Ayuh ke sana beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini, sila layari laman sesawang http://www.klims10.com/.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan