• GANJARAN BERPUASA PADA 9 ZULHIJJAH BERSAMAAN HARI WUKUF

    Umat Islam dalam usaha mengerjakan haji.

    Sebagai meraikan jemaah yang akan berwukuf di padang Arafah , marilah kita di sini merebut peluang berpuasa pada tanggal 9 Zulhijjah ini bersamaan hari isnin ni.

    Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

    Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
    Maka Baginda bersabda:

    “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”

    (Hadith Riwayat Imam Muslim)


    Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

    Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya (Hadith Riwayat Imam Muslim).

    Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:


    "Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah."

    (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

    Cuma yang menjadi persoalan ialah 9 Zulhijjah dan jatuhnya hari wukuf sebenar tahun ini seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada hari Isnin sedangkan bagi kita tanggal 9 Zulhijjah jatuh pada hari selasa.

    Walau apa pun perspektif kita, amalan kita hendaklah diniatkan pada Allah. Moga amalan kita diterima Allah SWT dan ayuhlah kita meraikan umat-umat Islam yang menerima undangan Allah ke rumahnya tahun ini.

    Wallahualam,

    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

    Ihsan dan Terima Kasih : Suatu Catatan Perjalanan 14/11/2010
  • You might also like

    2 ulasan: