Hari Ini Punya Hal


Hadooi, ehem2...Hari ini saya nak menulis dalam mood yang agak santai....

Assalamualaikum wrbh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Kalo nak cerita tentang ari nie, huh, mmg penat. Hari ini adalah hari kemasukan pertama student UTMiC ke KSJ. Ye lah, setelah semua terbang merantau ke kampung halaman masing-masing, hari ini mereka pulang membawa azam dan juga
tekad yang baru. Misi untuk mengenggam segulung ijazah diteruskan semester hari ini.

Saya pula sibuk menguruskan program USR@KSJ yang dikenali PROTON-UTM-KSJ 1Malaysia Camp-In Sahabat 2010. Aiyaa, bagaimana gua fokus belajar kalo macam nie?? Ntah la...Tu lah dilemma yang bermain dalam diri ini.

Plan ahad ini nak digunakan untuk berehat di rumah, rupanya ada jugak kerja kena buat,....Kring2 telefon berbunyi meminta saya tolong printkan surat kemasukan kolej.... Adooi, ingat saya ni apa? Orang gaji?? Macai?? Bukan apa, agak2 la....
Orang lain pun ada hal jgak, jangan la nak memaksa. Siap telefon lagi tanya kat mana... Dah minta tolong, tapi..... Wallahuaklam...

Hurm, hari ini final world cup antara Holland v Spain.

Wesly Sneidjer v David Villa.
Kedua-dua mempunyai rekod yang baik dalam kempen kali ini. Pencapaian semasa kedua-dua pemain profolik ini juga baik.

Menurut ramalan Pak Mat Tempe, Belanda. Belanda mempunyai rekod konsisten sepanjang kempen piala dunia kali ini. Bagi saya, apa yang dapat ditafsirkan melalui edisi piala dunia ini adalah

1. Semangat berpasukan mengatasi kekuatan dan kemahiran setiap individu. Contoh paling mudah, pasukan Belanda, Jerman dan Sepanyol memiliki semangat berpasukan yang tinggi membolehkan mereka mengatasi pasukan favourite seperti Brazil dan Argentina yang bergantung pada skill individu.

2.Kebangkitan pasukan underdog daripada Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan Afrika seperti Ghana.
Jepun antara pasukan menyerlah dalam edisi piala dunia kali ini

3. Muncul pulak peramal2 binatang seperti Paul the Octopus, Cipanzi dan juga babi hutan kat Aussie yang meramai keputusan

Paul the Octopus

4.Liga Perdana / negara yang hebat tidak semestinya mempunyai pemain tempatan yang hebat. Sebagai contoh, England. Ramai pemain bertaraf bintang, tapi akhirnya bungkus di peringkat antarabangsa.

England kelas dunia? Masih lagi diragui. Tapi lebih baik dari Malaysia.


Hurm, nampaknya itu saja karya patik untuk hari ini. Sama-samalah kita nantikan keputusan siapa yang menang. Semoga berjumpa lagi.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia 1 bola.Hahaha





EmoticonEmoticon