Camp-In Sahabat 2010 adalah ujian terbaik Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan


Assalamualaikum wrbh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur kerana saya dikurniakan masa senggang untuk menulis dalam blog saya kali ini. Sebulan kebelakangan ini, saya lebih menumpukan kepada persediaan pasukan saya dalam penganjuran program di UTMIC.



Benar apa yang dikatakan semua, penganjuran program bukanlah mudah dan ia memerlukan pengorbanan dan tekad yang tinggi. Setakat ini, alhamdulillah. Allah telah permudahkan urusan saya sehingga kini. Semoga program jabatan saya berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan daripada semua pihak.

Mengenai program saya, PROTON-UTM-KSJ 1Malaysia Camp-In Sahabat 2010 adalah sebuah program berbentuk khidmat bakti pendidikan yang diklasifikasikan sebagai University Social Responsibility di mana akan mengumpulkan 70 orang pelajar sekitar Kuala Lumpur dan sebuah sekolah jemputan khas, SMK St Paul daripada Negeri Sembilan untuk mengalami pengalaman tinggal di kolej kediaman IPTA. Program ini dikendalikan secara santai berteraskan konsep "Hand On Mind On".



Apa yang menariknya mengenai program ini, inilah satu-satunya USR-UTM yang hanya dibuat di Kolej Kediaman, tidak seperti sirii-siri USR yang dianjurkan UTM yang lain di mana lebih bersifat outreach.

PROTON, sebagai sebuah syarikat automobil elit di negara kita telah menjadi penaja dalam program ini dan sama-sama berhasrat untuk membangunkan modal insan sejak di bangku sekolah lagi untuk sama-sama membangunkan negara.

Saya berharap dengan penganjuran PROTON-UTM-KSJ 1Malaysia Camp-In Sabahat 2010 akan menjadi benchmarking dan seterusnya menaikkan lagi nama Kediaman Siswa Jaya ke satu tahap yang lebih tinggi dan disegani daripada sekarang atas kemenjadian mahasiswa di sini.

Idham Mahdi
Ketua Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan
merangkap Pengarah Program PROTON-UTM-KSJ 1Malaysia Camp-In Sahabat 2010
Kediaman Siswa Jaya
UTM International Campus, Kuala Lumpur


2 comments

nak join boleh tak???ngeeeeee(>_________<)

Boleh jew...
hahaha...
joomla...


EmoticonEmoticon