PRK 2010 : Pandangan Awal Penulis



Bahang Pilihanraya Kampus terasa kini. Sebagai mahasiswa, saya juga merasakan bahawa akan ada mega event yang akan berlangsung di IPTA tempat saya belajar. Apa lagi kalau bukan Pilihanraya Kampus? Tidak dinafikan bagi pelajar-pelajar yang aktif, mereka pasti menunggu saat ini untuk memilih siapakah calon Majlis Perwakilan Mahasiswa yang bakal menggalas amanah mereka bagi menyampaikan isi hati mereka kepada pihak tertinggi universiti. Bagi pelajar-pelajar yang sememangnya tidak aktif, sudah semestinya acara ini hanya mengganggu urusan mereka di sini.

Sebagai seorang Mahasiswa yang demokratik dan matang, pastinya mereka akan memilih calon yang bukan hanya hebat pada retorik, tetapi juga mempunyai rekod akademik dan aktiviti lapangan yang baik di universiti. Ingat, wakil yang dipilih ini bukan untuk satu tempoh yang singkat, tetapi untuk satu tahun pengajian. Setahun mampu memberikan perubahan besar pada sosio-budaya kampus.

Apabila berlangsungnya pilihan raya, sudah pasti juga ada juga orang yang mengintai diluar sana mengenai perkembangan pilihanraya kampus. Saya yakin terdapat mata-mata daripada pelbagai parti politik untuk menarik golongan berpengaruh di universiti ini ke kancah politik nasional kelak. Di sinilah platfom untuk mereka mengenal pasti siapakah yang mampu meneruskan agenda parti politik mereka disamping mempunyai pengaruh akar umbi yang banyak dalam kalangan genarasi muda elit negara dalam IPTA. Nasihat saya kepada bakal calon, berhati-hatilah. Setiap keputusan anda itu mampu mengubah seluruh hidup anda walaupun kecil sahaja keputusannya.

Seperti pilihan raya nasional, saya menjangkakan sudah pasti akan berlaku persaingan sengit antara calon-calon yang bertanding. Sudah pasti akan ada sekumpulan pelajar yang berusaha untuk mengadakan promosi untuk melobi calon pilihan mereka. Tidak kurang juga dengan aktiviti menganaiya orang lain dengan melakukan kereosakan terhadap mana-mana penyokong calon lawan. Budaya politik kampus inikah yang kita mahu? Sungguh biadap dan tidak bertamadun. Malah zaman flinston pun lebih bertamadun kerana tidak ada orang pun mahu menganaiya orang pada zaman itu. Di sinilah kita lihat adakah politik kampus matang di IPTA tersebut dan gambaran suasana sekiranya mereka menjadi orang awam nanti. Sudah pasti huru hara dibuatnya....




Tidak kisahlah mana pihak yang bakal menduduki tahta pemerintahan, pastikanlah ia bertunjangkan ilmu, iman dan amal. Jangan hanya tinggal retorik semata-mata. Ingat, jangan ingat mahasiswa kita ini hanya seperti kanak-kanak yang merengek, diberi gula-gula terus diam dan mengikut pemberinya. Kami mampu bersuara. Sejarah dunia juga pernah menyaksikan beberapa kebangkitan besar rakyat menentang pemerintah yang korap.

Kepada mahasiswa pula, buatlah pilihan yang bijak dan berhati-hati dalam menapis segala maklumat yang kita peroleh. Saya yakin sepanjang kempen PRK (Pilihan raya kampus) ini, banyak fitnah-fitnah yang bakal dilontarkan oleh mulut-mulut jahat disekeliling kita. Malah dalam al-Quran sendiri ada tertulis;

"Sesungguhnya fitnah itu lebih berbahaya daripada membunuh"

Maka, fikirkanlah kesannya pada kita sekiranya ia berleluasa. Itu adalah amaran daripada tuhan, bukan daripada manusia. Jadi, bertindaklah secara matang.

Seterusnya, nilailah calon dan pihak yang bertanding itu dengan pro dan kontra. Selidik apakah sumbangan mereka sepanjang tahun di kampus. Nilailah dengan hati yang terbuka dan usah mengikut emosi. Peribahasa melayu pernah menyebut, ikut hati mati, ikut rasa binasa memang ada rasionalnya. Oleh yang demikian, lakukanlah amanah yang diberikan dengan penuh kewajaran tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Jangan biarkan "Kuasa Mahasiswa" dipelopori mana-mana pihak kerana sememangnya kita ini punyai kuasa untuk memilih. Jatuh bangun universiti kita terletak di tangan kita. Bertindaklah secara waras dan bernas, pasti kita akan berjaya.

Hidup Mahasiswa!

Catatan penulis : Artikel ini ditulis tanpa memihak kepada mana-mana calon dan pihak yang bertanding dalah PRK2010 dan ianya sekadar pandangan peribadi dan tidak lebih daripada itu.


2 comments

koi tak reti berpolitik..
yg um & uiam bhgian pro-mahasiswa tu apa ye?

hahaha,
susah la aku nak cerita kat ko...
ko kena study sendiri...
nanti ko faham la...


EmoticonEmoticon