UTM :: Kursus Pra-Pengurusan Persatuan Mahasiswa UTMIC

Ketika semua orang menyambut Nari Natal (merry christmas to all my friends esp Joyce, Esya dan rakan-rakan...hohoho..), saya bersama 128 lagi pemimpin pelajar dalam persatuan telah mengikuti Kursus Pra Pengurusan Persatuan anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTMIC. Program ini telah diadakan selama 3 hari bermula 25 Disember sehingga 27 Disember 2009 bertempat di Dewan Jumaah, UTMIC, Kuala Lumpur.

Saya telah pergi ke kursus ini atas tiket JKM, KSJ di mana saya berada di bawah Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan, jabatan naungan Encik Mohd Sharil Abdullah, yang juga sebagai penyelaras kursus ini. Pada jangkaan permulaan saya, saya ingatkan kursus ini bosan dan kurang input. Ternyata jangkaan saya meleset. Alhamdulillah, kursus inilah yang banyak menyedarkan saya apa itu daya kepimpinan.

Saya akui, pabila berkawan dengan orang-orang hebat, semestinya kita terdorong untuk menjadi seperti mereka. Memang benar apa yang dikatakan oleh pujangga. Kawan itu adalah salah satu faktor terbesar mengapa kita boleh jadi seseorang. Jika baik kawan kita, maka baiklah kita, jika sebaliknya, pandai-pandailah fikir sendiri.

Ok, berbalik kepada kursus ini. Pada hari pertama, kami semua mengikuti sesi ceramah hala tuju UTM oleh Encik Sharil sendiri. Beliau dalam sesi ceramah menyatakan, pihak universiti memang mengharapkan mahasiswa UTM menjadi orang yang terbaik daripada segala aspek. Berdasarkan pada Dasar Trasformasi Pembangunan Mahasiswa UTM, pembangunan mahasiswa UTM ditekankan pada konsep JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah selaras dengan kehendak semasa negara yang sedang pun mengalami proses globalisasi.

Seterusnya, kami mengikuti pula bengkel untuk menghasilkan berita dan juga cara untuk menjadi pengucap awam yang baik. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Siti Salamah, Ketua Bahagian Pejabat HEP. Beliau menekankan bahawa cara kita berkomunikasi adalah penting kerana ia mencerminkan bagaimana peribadi seseorang itu.

Dalam kursus yang berlangsung selama 3 hari ini, antara aktiviti yang saya ikuti lagi adalah Ceramah NLP (Neuro Linguistik Programming) yang disampaikan oleh En. Sharil, sesi LDK yang tidak kurang mencabarnya dan juga Explorace UTM yang banyak menguji minda dan mental para peserta.

Sesi explorace ini berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa dan dijalankan pada waktu petang. Menambahkan lagi cabaran explorace ini adalah ia dilaksanakan pada waktu hujan. Pada sesi ini, para peserta diminta melengkapkan cabaran di setiap stesen dengan cemerlang dan jika gagal, pasti ada hukumannya. Sesi ini berakhir pada jam 6.30 petang.

Apa yang menarik perhatian saya pada sesi explorace ini adalah ketika saya berada di checkpoint terakhir. Huhuhu, sesi makan 'tanah' kut... (Eh, Idham makan tanah...??) hahaha..Tu la pasal. Pada checkpoint terakhir ini, fasilitator yang menjaga bahagian ini adalah Kak Wafak. Saya tertarik dengan kesimpulan yang diberikan beliau.

Firman Allah pada ayat al-quran (Surah al-Baqarah) yang bermaksud,

" Sesungguhnya Allah membebankan sesorang mengikut kemampuan seseorang itu"

Ya, memang tepat sekali firman itu buat seseorang yang bergelar pemimpin. Amanah yang Allah SWT beri pada kita memang sesuai dengan kemampuan kita. Oleh yang demikian, kita perlulah melaksanakan amanah Allah dengan baik supaya kita tidak menyesal di hari kemudian kelak. Tahniah kepada Kak Wafak kerana menyedarkan saya dan saya mengakui beliau memang layak untuk jadi pemimpin UTM sebagai MPP.

Huh, kalau nak cerita seluruh kursus ini memang punuh blog ini. Apa yang saya dapatkan simpulkan disini, kursus ini memang banyak inputnya dan saya ingin ucapkan tahniah kepada Encik sharil dan juga AJKnya kerana berjaya menganjurkan kursus yang ringkas tapi bermakna.

Owh, nampaknya jam di tangan saya dah menunjukkan tepat jam 2.42 petang. Its programming class time... Bertemu kita di lain catatan. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.


EmoticonEmoticon