• JKM : Kursus Kepimpinan JKM 10/11

    Duduk di meriam yang dipamerkan di Muzium Tentera Darat, Port Dickson, NS

    Alhamdulillah, bertemu kembali. Apa khabar semua? Sihat? Pada hari ini saya menulis kembali mengeluarkan apa yang tersirat di hati kecil ini. Huh, sebenarnya saya baru sahaja mengikuti kursus. Bukan kursus Biro Tatanegara (BTN) tetapi Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Kediaman Siswa Jaya, UTMIC, KL.

    Memberi arahan kepada kumpulan saya, G2

    Pada asalnya, saya tidak berniat pun hendak pergi. Maklum sahajalah, sepatutnya pada hari rabu, khamis dan jumaat saya ada komitmen lain di tempat kerja saya di Petrosains, tetapi setelah rakan saya Shahid Suhaimi berjaya meyakinkan saya untuk pergi dan mengadakan perbincangan kembali dengan pengawai Petrosains, saya bulatkan hati untuk pergi. Alhamdulillah... Kalau nak diikutkan, memang sengaja saya mencari pasal untuk menyusahkan diri untuk mengikuti kursus ini. Tetapi saya amat yakin bahawa di sinilah platfom untuk saya memperbaiki diri kepada yang lebih baik.

    Di ruang masa Muzium Tentera Darat, NS

    Kursus ini diadakan selama 5 hari dari 7-8 Disember 2009 di Kediaman Siswa Jaya dan 9-11 Disember di NUBE Training Centre, Port Dickson, NS.Secara jujurnya, inilah kursus yang memaksa saya untuk membina peribadi mentaliti yang kuat dan utuh kerana para fasilitator banyak bermain tekanan psikologi kepada bakal pemimpin JKM.

    Saya dan replika pemimpin British

    Antara kenangan manis kami di sana adalah;
    1. Berjaya mencipta sebuah lagu rasmi untuk JKM

    JKM Siswa Jaya

    Kami ahli JKM,
    Kediaman Siswa Jaya,
    Bersatu berganding bahu,
    Tuk mencapai visi dan misi.

    Berat sama dipikul,
    ringan sama dijinjing,
    Apa yang paling penting,
    Kerjasama dalam memimpin.

    Kami siswa siswi,
    Berikirar dan berjanji,
    Berkhidmat seikhlas hati,
    Tak minta disanjung tinggi.

    JKM, JKM,
    JKM Siswa Jaya

    Lirik : ABS, Idham Mahdi, Noor Syukri, Aiman Marzuqi dan geng tempat duduk belakang bas
    Lagu : ABS dan geng

    Acara riadah di Pantai PD

    2. Dapat kawan baru dan merapatkan hubungan siratulrahim antara ahli KSJ

    3. Memakai kostum ala-ala Superman dengan kain pelekat dan apron semasa hari pertama kursus di Port Dickson. (Nie semua kerja Encik Najib la nih, pakai pakaian macam tu dan jalan-jalan satu pd untuk cari orang untuk tumpang memasak. Ala, mcm cerita musang berjanggut tu lah)

    4. Ahli kumpulan masuk air jer semua (G2 yang selalu ditimpa masalah jer, sekali sahaja pengalaman nie. Cis, tak guna punya ABS... hahaha)

    5. Berkerja keras untuk menyiapkan tugasan sehingga tidak tidur.

    6. Panggil kem komandan semasa game 'menghayati keindahan malam' dengan password "Gajah makan kuaci". Tak pasal-pasal terus kena ikat kaki di situ.. hahaha

    7. Dibahan oleh Encik Najib semasa sesi perlantikkan Jawatankuasa JKM KSJ 10/11

    8. Dapat nama baru, adik Encik najib sebab berkepala botak.. Hahaha

    Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan

    9.Perbentangan aktiviti mendapat reaksi positif daripada felo KSJ terutama pengetua.

    Apa-apa je lah. Tetapi apa yang saya mahu tekankan disini, kursus ini sememangnya berjaya memberikan imput berguna bagi saya. Banyak pengalaman manis yang saya tempuhi, tidak kurang juga pengalam pahit, tetapi biarlah saya simpannya ke dalam hati. Ia sangat bermakna buat saya.

    Diatas kereta kebal milik ATM

    Berikut pula adalah senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi JKM 2010/2011

    Presiden : Mohd Shahril
    Timb Presiden : Mohd. Hilmi
    Naib Timb Presiden : Asmira Marzuki
    Setiausaha : Siti Nornadiah
    Naib Setiausaha : Ilya
    Bendahari : Shuhada

    Ketua Jabatan

    Keusahawanan : Asyraf

    Akademik dan Pengantarabangsaan : Wan Muhammad Idham
    Shafiah
    Mohd Luqman

    Multimedia dan Seranta : Wan Muhd. Irfan
    Mardiah
    Saiful

    Sukan dan Kebudayaan : Aahmad
    Aizat
    Nurida

    Kerohanian dan Sosial : Hazwan
    Umira
    Shukri




  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan