• 1 Tahun : Anugerah Kec. Kokurikulum Kebangsaan 2008


    Hai, bertemu kembali. Apa khabar semua? Sihat ya? Alhamdullilah. bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberikan ruang dan kudrat untuk menulis dalam blog saya. Erm, hari ini saya ingin mengimbas kenangan saya ketika menerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan 2008 di Pulau Pinang. Erm, alhamdulillah. Ini semua adalah hadiah saya kepada semua rakan, guru dan juga ibu bapa saya yang banyak menyokong saya dibangku sekolah. Terima kasih semua.

    Nak kata lepas terima anugerah ini, jadi popular tu, tidaklah popular mana. Tetapi saya merasakan bahawa segala kerja keras saya dan bidang yang dipandang enteng pelajar yakni kokurikulum berbaloi. Ye lah, dapat penghargaan dan perhatian sehingga ke peringkat yang tertinggi dalam negara. Alhamdulillah.

    Apabila masuk ke universiti, ramai yang mempersoalkan mengapa saya dipilih menerima anugerah ini. Hahaha... Ye lah, mereka pelik. Saya nie kenit orangnya. Nak kata berbadan atlet, tidak nampak langsung. Nak kata bijak dalam persatuan, mungkin sikit-sikit kut... Hahaha...Jawapan saya pada mereka, semua ini kuasa Allah. Dia sahaja yang menentukan tenggelam timbul nasib hambanya.

    Pada 2 Disember 2008, sebaik sahaja saya selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia kertas Lukisan Kejuruteraan pada jam 4.30ptg, saya terus bertolak ke Pulau Mutiara Pulau Pinang. Perjalanan selama 4 jam 30 minit dalam kereta Perodua Kelisa yang dipandu oleh Puan Yusliza bt. Mohd Ali, cikgu Bahasa Melayu saya dan juga guru penasihat KRS yang disertai saya. Sepanjang perjalanan, kami berbincang mengenai sekolah, kokurikulum dan KRS. Ye la, dah tidak ada topik nak cerita kan? Takkan la nak cerita pasal rumah tangga pula... hahaha...Jangan marah Cikgu Yus...

    Erm, ketika itu di Pulau Pinang panas dengan isu pilihan raya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Lebuh raya di sekitar kawasan pilihan raya di penuhi dengan sepanduk parti-parti yang bertanding. Aduh, memang banyak sungguh bendera BN dan PKR disitu.

    Kami sampai sahaja di Pulau Pinang, kami disambut oleh Pengawai Perhubungan (LO) untuk ke hotel penginapan kami di Hotel Summit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Malam jugak la kami sampai. Huh, penat sungguh. Sesampai sahaja saya disana, saya terus tidur di dalam bilik...Fuyoo, bilik hotel untuk saya seorang kut... Muka bangga jer kelaur masuk bilik. Ye la, free tinggal kat hotel punya pasal.


    Keesokkan harinya, saya bangun awal dan bersiap untuk raptai anugerah malam itu. Saya memakai baju SMTKL dengan berlambang KL lagi. Bangga kerana saya merupakan anak jati KL dan mewakili KL dalam anugerah tertinggi kokurikulum di perinhgkat kebangsaan. anugerah ini merupakan satu perhormatan buat saya kerana saya merupakan pelajar KL pertama yang menerima anugerah ini sejak diperkenalkan beberapa tahun lepas dan juga Pelajar SMT pertama yang berjaya sampai ke peringkat ini. Alhamdullillah, syukur...


    Pada pagi itu, pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia memberi borang untuk mengesahkan aktiviti dan pencapaian saya dalam kokurikulum. Selepas itu, raptai dijalankan. Saya sempat berkenalan dengan rakan-rakan baru dari negeri lain yang sama-sama menerima anugerah ini. Negeri yang berjaya merangkul anugerah Kokurikulum dalam kategori Pelajar Lelaki (M) adalah dari Pulau Pinang, WPKL, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

    Wah, pada sesi raptai itu, saya amat bangga kerana menerima anugerah senyuman paling lawa semasa sesi raptai...Huhuhu, bangga sangat beb. Keluar jer dari dewan lepas raptai, semua orang minta tandatangan...hahaha (ye ker cik Idham oii)... Pada petangnya, tinngalllah saya berkeseorangan kerana Cikgu Yus berkunjung ke rumah saudaranya di Pualau Pinang. Maka saya pun bersama-sama dengan rakan baru saya berkunjung ke The Mall, Pualau Pinang. Alah, sebelah hotel tu jer. Tidak ada apa pun, macam pusat beli belah biasa sahaja. Saya sempat menikamati KFC bersama-sama rakan-rakan baru saya. erm sedap tau. Hingga menjilat jari... (Ceh, promote KFC la pulak mamat nie)

    Hahaha, ok..Tutup cerita disitu. Maka, malam pun menjelang. Pada jam 6.00 petang, saya bersiap-siap untuk menghadiri salah satu detik yang paling bermakna dalam hidup saya. Selepas sahaja bersolat maghrib dan buat solat sunat hajat serta sujud syukur, saya turun ke bawah dfengan rasa rendah diri dan istiqamah. Ye la, saya sedar semua ini datang dari Allah SWT. Ianya hanyalah pinjaman semata-mata.

    Erm, setelah mengambil tempat di dalam dewan, rupa-rupanya ada goodie bag la...Wah, gumbira bebenor la saya dapat goodie bag mcm tu...Dalam tu ada tuala, kerepek dan juga asam. Hurm, dah memang sinonim Pulau Pinang ini kalau tidak dengan asamnya.. Hahaha... Layan je lah...

    Dipendekkan cerita, saya selamat menerima anugerah yang berprestij itu. Saya bangga kerana ia bukan sahaja melibatkan maruah sekolah saya, malah saya hadir selaku wakil WPKL. Alhamdullilah. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada semua pemenang Anugerah Kokurikulum Kebangsaan 2008 terutama buat kontinjen KL iaitu Saudari Nik Nadiah Fatihah bt Hani Salman dari SMK Wangsa Maju Sek 2 (Anugerah Pelajar Perempuan Terbaik Kokurikulum Sekolah Menengah), Puan Norhana Bates Abdullah dari SMK Taman Tun Dr. Ismail(Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang) dan Puan Pengetua SMK Taman Tun Dr. Ismail, Datin Hajah Hasmah Binti Abu (Sekolah Kokurikulum Cemerlang)



    Hari terakhir saya di Pulau Pinang, saya, Puan Yusliza dan Puan Norhana bersama LO kami keluar berjalan-jalan satu Pulau Pinang untuk menikmati keindahan Pualau Mutiara ini. Kami sempat singgah ke Gerai Laksa Penang (Terbaik dari ladang, woo. Sedap!!) dan singgah di Jeti membeli asam untuk diseludup ke KL... (jangan marah ya orang Penang....) hahaha... Itu je lah kenangan saya di Pulau Pinang. Di sini, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada pihak sekolah terutama Encik Yap Tho Huat, GPK Kokurikulum yang memberi keyakinan kepada saya untuk teribat dalam kokurikulum. Tidak lupa juga pada Puan Yusliza yang sanggup membawa kereta sejauh 457km ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur dan balik kembali ke KL tanpa henti. Cikgu memang steady...Huhuhu...Tidak lupa kepada semua Team KL 2008 ke Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan 2008 dan ibu bapa yang banyak memberi dorongan pada saya.

    Saya masih teringat detik-detik ketika saya mula-mula menceburkan diri dalam pertandingan kokurikulum. Ketika itu saya dipilih mewakili VI dalam pertandingan zapin peringkat negeri. Nak tahu apa reaksi ayah saya?

    "Huh, pantang nenek moyang aku jadi penari", itulah kata-kata ayahku ketika itu.

    Dan kini, anugerah kokurikulum ini saya dedikasikan buat ayah dan ibu dirumah. Terima kasih kerana memberi sepenuh kepercayaan buat saya... Alhamdulillah...:)

























    Pautan lain : Blog Kokurikulum SMK Wangsa Maju Sek. 2
  • You might also like

    1 ulasan:

    1. mood membaca berubah apabila sampai pada frasa:

      "Huh, pantang nenek moyang aku jadi penari"

      hehehe...

      BalasPadam