• Raya 2009 : Penuh keinsafan dan kesepian....

    Hahaha, nie gambar raya ana... Tgkap kat Wangsa Maju, KL... Umah nenek ana... Erm, terus terang ana cakap, raya kat KL ini mmg agak membosankan... Mcm tiada apa yang berlaku...

    Nie jln cite ana pada raya tahun nie.... malam raya, ana dan keluarga buka puasa bersama2... Makanan? Chicken Chop yang dimasak oleh ayah ana... Bley tahan la sedapnya...(First timer buat la katakan....) Pada jam 8.15 mlm, ketika ana sedang menonton tv, tiba2...

    Pengumuman tarikh hari raya puasa 1430 H bersamaan tahun 2009"

    " Assalamualaikum wrbh, Bagi memenuhi, titah perintah DYMM raja-raja, saya dengan ini mengisytiharkan tarikh hari raya puasa jatuh pada 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430H,

    Sekian, wabillah hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wrbh..."


    Begitulah petikan kata-kata pemegang mohor besar Raja-raja melayu, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. apa lagi, bersorak la semua org kat flat ana bila dengar pengumuman raya tue... Ala, mcm MU lawan bola dgn Man City smlm... hahaha... Keputusan berakhir dgn MU tewaskan Man City, 4-3 ya...

    Cit pasal bola nie kan, kenapa sume org berebut satu bola, kenapa x bagi jer sorg satu bola... Eh, ana cite pasal bola la plak... sori...sori...lari tajuk plak...

    Pada waktu pagi, ana sekeluarga sempat menunaikan solat sunat hari raya di Surau al-Husna, Setapak... Wah, ramai org, sume berpakaian baju melayu... Ana plak pakai baju merah yang beli last minit... Mana ke tidak, asyik sibuk ngan tugasan jer... Hai, penat betul...

    Kemudian, ana dan keluarga pergi menziarahi pusara atuk Mahmood... (al-Fatihah). Bercerita mengenai atuk ana, beliau mmg seorg yang sangat penyayang. ana semasa hayatnya, selalu menjadi tukang urut atuk ana, ye lah, masa tu ana tinggal kat Sg. Petani, sekali sekala jumpa apa salahnya urut kan? Beliau juga merupakan seorg bapa dan guru silat yang tegas dan disegani ramai...

    Erm, selepas meluangkan masa di sana, ana ke umah nenek untuk menjamu selera.. Menunya, masakan kelantan ma.... Aduyay... Tapi ana sebat nasi impit dan rendang ayam jer... x larat nak makan semua... tank penuh... Lepas tu, sesi bergambar... Gambar kat atas tu la, tuan2 dan puan2... Hahaha... Itupun dah edit guna photoshop... angle gambar x lawa... Tension betul...

    Apa2 pun, ana bersyukur sebab diberi keizinan untuk beraya dengan ibu dan ayah ana tahun nie... Ye la, ajal maut, hidup dan mati di tangan tuhan... x tahu bila kan jadi, jadi nikmatilah hidup anda dgn sebaik-baiknya... Salam aidilfitri... :)



  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan