• Alkisah Zip Seluar dan Hari Terakhir Volunteer sebagai lepasan SPM



    Assalamualaikum semua!

    Apa khabar? Harap sihat belaka...
    Hari smlm 26 Jun, bersamaan hari Jumaat, hari yang dirahmati Allah. Cuaca agak cerah di pagi itu, menambahkan mood baik ana pada hari ini...

    Tetapi, panas tidak hingga ke petang, hujan pula di tengah hari...Alamak, apa pula nie...Zip seluar ana pula rosak semasa di Hab Bas Titiwangsa... Aduyay, mcm mana nie? Ana terfikir sama ada ingin teruskan perjalanan ke KLCC ataupun pulang ke rumah menukar seluar.. Uh, rasanya x sempat nak patah balik sebab ada dalam 30 minit sebelum mula kerja... Jadi ana bertekad untuk pergi ke kerja dengan zip seluar yang rosak itu...

    Ana mencari alternatif lain untuk memperbaiki keadaan ana tadi...Ha, beli seluar baru? Aduyay, wang di saku pula sedikit..Harga barang kat KLCC pula mahal.. Nampaknya ana cari inisiatif untuk mencari pin... Ala, safety pin tue la... Huhuhu, Cari punya cari, ana jumpa seorang nyonya cina bermurah hati memberi pin miliknya. Alhamdullilah...

    Bercakap mengenai zip seluar ini, ana dapat satu pengajaran penting, kita hendaklah sentiasa menghargai apa yang kita ada.. Ye lah, bila sesuatu benda itu ada depan mata kita, tidak terlintas kat hati kita untuk mengahrgai, tapi apabila sudah tiada, meraung kita mencarinya... Alhamdullilah, terima kasih kerana memberi ana sesuatu pada hari ini yakni nilai bersyukur....

    Hari ini menyaksikan hari terakhir ana bekerja sebagai volunteer kat Petrosains...Hai, dapat msuk ipta dekat pun nak berhenti... Bukan, terakhir sebagai lepasan SPM da... hahaha... Tidak sabar rasanya untuk memulakan hidup baru sebagai siswa di UTM... InsyaAllah, ana akan pastikan ana sentiasa menyinar seperti matahari untuk orang lain. Hahaha...

    Di sini, ana ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf seandainya ada silap dan salah, terkhilaf bicara atau terkasar bahasa sepanjang mengendalikan blog ni... Eh, nak berhenti dari tulis blog ker saya nie? Tidak, saya pasti akan menulis tetapi jarang... Ok, terima kasih atas sokongan anda, sayang anda semua dan majulah sukan untuk negara!

    Alhamdullilah....


  • You might also like

    3 ulasan:

    1. panas tidak hingga ke petang, hujan pula di tengah hari...

      i pon mengalami kes yg sm..

      malang~haha!

      BalasPadam
    2. enyheartsdiamond,

      knapa pula jadi begitu?

      hehehe,

      BalasPadam
    3. lenkali jgn pakai zip...

      BalasPadam