• Tun Razak & UTM


    Majlis Perasmian Menara Razak UTM oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

    Nama Menara Razak diabadikan untuk bangunan paling tinggi di UTM Kuala Lumpur, Jalan Sultan Yahya Petra (dahulunya Jalan Semarak) diambil bersempena nama YAB Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu YAB Tun Abdul Razak Hussein.

    Apa signifikan YAB Tun Razak dengan UTM?
    ======================================
    Tun Razak melibatkan diri secara inklusif dalam pembangunan UTM daripada sebuah Kolej Teknikal hasil pembangunan penjajahan kolonial di Tanah Melayu kepada sebuah maktab yang memperbanyakkan golongan teknokrat Melayu / Islam.

    Malah, perlantikan Ainuddin Wahid (Allahyarham, Tan Sri) sebagai Pengetua Maktab Teknik dipilih oleh beliau sendiri melalui cadangan pelbagai pihak berdasarkan kredibiliti Ainuddin sebagai seorang jurutera yang bersih dan integriti di JKR. Beliau merupakan Pengetua MTKL Melayu pertama (kemudiannya Rektor ITK dan NC pertama UTM) yang melaksanakan misi besar negara di UTM, iaitu memperbanyakkan teknokrat Melayu / Islam yang berjiwa kental dan bersih budi, di samping menjadi jentera utama dalam Dasar Ekonomi Baharu (DEB) melalui pendidikan, bagi meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu bagi menstabilkan jurang ekonomi antara kaum di mana orang Melayu ketinggalan jauh.

    Malah, ketika awal2 pembangunan ITK juga, setiap cadangan untuk pembangunan ITK dibentangkan Ainuddin terus kepada Tun Razak memandangkan beliau yang melantik Ainuddin bagi menerajui ITK. Sebuah protokol kepimpinan yang cukup dekat dan akrab dalam proses pembangunan ITK/UTM itu sendiri.

    Rujukan :
    1.Laman web UTM
    2.Ainuddin Pejuang Degil Melayu, Fatini Yaacob, Penerbit UTM 2011
  • You might also like

    1 ulasan:

    1. The best casinos to play at in 2021 - DRMCD
      Find the 남원 출장마사지 best casinos 당진 출장샵 for you 김천 출장샵 in 2021. Casino Rewards Loyalty 천안 출장마사지 Program. The casino rewards loyalty programs 태백 출장안마 are designed to Jan 21, 2021 · Uploaded by Casino Rewards Casino

      BalasPadam