• Aizat Hisham (Bob) : Takziah & Al-Fatihah

    Menerima perkhabaran yang cukup sedih hari ini, pemergian salah seorang sahabat baik saya semasa di Kediaman Siswa Jaya, Saudara Aizat Hisham, graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTMKL yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini.
    Beliau merupakan seorang sahabat yang cukup baik hati, ceria dan mesra bagi yang mengenali beliau secara rapat dan pernah bersama saya dlm beberapa projek di KSJ antaranya UTM-KSJ Camp-In Sahabat 2010 dan Temmasya'11.
    Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan perlindungan Allah SWT.
    Takziah buat keluarga Allahyarham dan juga kenalan.
    DARI ALLAH KITA DATANG, DAN KEPADANYA JUALAH KITA AKAN KEMBALI
    Al-fatihah.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan