Surat Dari Rakyat


Kepada:-
YB Menteri-Menteri Malaysia
D/A Balai Suara Merdeka
No 31, Lorong Ogos,
Jalan Merdeka 19/57,
01963 Lumpur di Kuala,
Malaysia.

Daripada,
Rakyat yang ada secangkir peka.

Dengan segala hormatnya
Ingin saya menarik perhatian
Mengenai musibah yang melanda sebahagian negeri Tuan
Malang masih buntu serta keliru di pihak Tuan dengan tindakan
Saya berpandangan
Negara kita cintai sedang diuji tuhan
Antara musibah atau ujian
Marilah bersama kita fikirkan
Sudah sampai masa ambil tindakan
Mana yang wajar dan baik diteruskan
Yang lagha batal tinggalkan
Itulah pandangan kami sbgi marhean
Hentikanlah semua ini
Dengan kuasa menteri yg diberi
Konsert tari anjuran TV menteri
Countdown tahun baru di Pusat Pentadbiran Menteri
Aneka sambutan dan party
Celiklah mata dan deria sensitiviti
Ada tangisan dan perit sdg dilalui
Ujian bah dibeberapa negeri
YB Menteri yang dihormati,
Bantuan agensi Tuan amat kami hargai
Bekalan bantuan sumbangan pihak Tuan kami syukuri
Cuma pada hemat kami
Rasanya tak perlu semua barang yang Tuan beri
Ada logo yang Tuan wakili
Sampaikan asal boleh dan diizini
Seluar dalam diberi pun ada logo parti
Hemat kami sbg rakyat marhean,
Ini bukan masa lumba siapa lebih prihatin,
Atau siapa mampu beri bantuan ringgit berjuta
Cukup-cukuplah masa bertanding berkempen,
Sekaranglah masa bantu kami seikhlas hati sbg rakyat jelata.
Inilah masa untuk membalas budi
Setelah tuan dan co. kami undi
Kerana kuasa kami mampu memilih
Setiap empat tahun beralih.
YB Menteri yang dikasihi,
Terima kasih untuk masa yg diberi
Untuk membaca surat ini
Kerjasama dan keprihatinan tuan amat kami hargai
In sha Allah dengan bantuan dihulurkan Tuan
Kekalkan Tuan dalam kerajaan
Dengan izin Tuhan
Sekian, terima kasih
-Marhean-

IdhamM 
0720 250814
Setapak Kuala Lumpur
Inspirasi drpd Poskad Dari Rakyat karya Tuan Marjan S


EmoticonEmoticon