• Selamanya Harimau Malaya

    Aum aum aum
    Terus mengaum harimauku perkasa
    Usah gentar dengan raksasa
    Teruskan baham dan lapah mangsa
    Walau badan berbirat luka

    Gerak lincah harimau malaya
    Tunjukkan taringmu pada dunia
    Engkaulah raja di rimba
    Di tanah garisan khatulistiwa

    Ayuh berjuang sepenuh nyawa
    Jangan mudah putus asa
    Jauh sekali panjang kecewa
    Walau piala terbang ke utara
    Di hati kami kau tetap juara

    Kerana aku dan rakyat semua
    Selamanya Harimau Malaya...

    IdhamM
    0214 211214
    Kuala Lumpur
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan