Mari Dakwah


Serulah
Walau dengan ayat sepatah
Usah ditunggu gelaran pencetus ummah
Apatah lagi pakar pengkhutbah
Sesama saudara satu jemaah
Ke jalan Tuhan kita hijrah

Bicaralah
Tegakkan mulia bentes yang salah
Ajak kenalan mari berubah
Yang Maha Satu kita sembah
Saham pahala kita cambah
Amal mulia mari ditambah

Usah kita berlengah
Masa terbuang tak balik menjengah
Dunia fana halau kita pergi
Kubur sepi sudah panggil mari
Soal sendiri pada diri
Banyak mana amalan kini

Janji Allah itu pasti
Mati kian hampiri
Telah terpatri dengan rapi
Takkan berubah walau seinci
Takkan terlewat hatta sesaat...

IdhamM
0001 191214
Kuala Lumpur


EmoticonEmoticon