Kenapa Interpol Mencari Syeikh Yusuf Al-Qaradawi


Dunia Islam kini digemparkan dengan isu waran tangkap (notis merah) oleh Interpol yang dikenali sebagai Polis Antarabangsa kepada Ulama Tersohor masa kini, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.
Jelas, ianya satu cubaan terancang untuk memporak porandakan Islam dan menampakkan Islam sebagai sebuah imej yang ganas dan ekstrimis, setelah pelbagai cara pihak kuffar untuk mendajalkan Islam gagal.
Waran tangkap terhadap Al-Qaradawi telah dikeluarkan oleh Mesir atas tuduhan menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme dan kecurian.
Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar dituduh mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan ahli kumpulan Ikhwan Muslimin di dalam penjara dan penentangan terhadap pemimpin diktator Hosni Mubarak.
Pemimpin kanan Ikhwan Muslimin, Mohamed Morsi yang dilantik menjadi Presiden Mesir pada tahun 2012 adalah antara individu yang berjaya melarikan diri ketika insiden berkenaan.
Terdahulu, Al-Qaradawi telah mengkritik kerajaan baharu Mesir selepas penyingkiran Morsi pada Julai 2013.
"Dari hari dia (Presiden baru, Abdel Fattah al-Sisi) dilantik, semua yang kita lihat adalah pembunuhan dan pertumpahan darah serta tahanan wanita diperkosa," kata Al-Qaradawi sebelum pilihan raya pada Mei lalu.
Sementara itu, pada Februari lalu, pegawai kanan Mesir menuntut Qatar mengekstradisi Al-Qaradawi ke Mesir untuk didakwa.
Mereka juga mendesak Interpol supaya menahan Al-Qaradawi tahun lalu.
Menurut Global Muslim Brotherhood Daily Watch, Interpol mengeluarkan notis merah yang menunjukkan tahap berjaga-jaga paling tinggi dan memerlukan tindakan segera oleh agensi polis antarabangsa terhadap Al-Qaradawi. ianya sama seperti
Jelas sekali, waran Interpol terhadap Al-Qaradawi adalah berasaskan dendam As-Sisi terhadap Al-Qaradawi dan mereka cuba menutup mulut ulama yang lantang mengkritik kekejaman rejim As-Sisi terhadap Mesir.
Marilah kita menunjukkan kebersamaan kita bagi menentang satu lagi agenda terancang kuffar bagi menjatuhkan umat Islam dan seterusnya memelihara ilmuan serta ulama kita daripada terus menjadi mangsa kerakusan penyangak dunia.

Rujukan :


EmoticonEmoticon