I Want Touch A Dog : Apa masalahnya sampai tetiba nak pegang anjing?


Maaflah bagi yang tidak sependapat dengan saya.
Memegang anjing adalah TIDAK HARAM, tetapi najis jatuh dalam hukum mengendalikan najis mughallazah (Najis berat) menurut mazhab Syafiee. Walau bagaimanapun, hukum itu diperjelaskan oleh mazhab yang kita rujuk seperti berikut :-

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara 
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.
Ulama terkemuka, Dr. Yusuf Qardawi dalam pandangannya mengatakan hukum memelihara anjing sebagai haiwan kesukaan adalah haram berdasarkan hadis Nabi SAW seperti berikut :-
Dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya.
Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Jadi, apakah program yang dianjurkan itu berkaitan menjaga ladang atau ternakan? Saya pasti tak ramai pun peladang kat situ yang datang program "I want touch a dog".Buat pun bukan kat tengah kawasan pertanian. Itu yang memelikkan saya.
Jadi, saya kira dengan berdasarkan hasil pembacaan dan juga perbincangan dengan rakan-rakan yang arif secara maya, kami sepakat bahawa program ini tidak rasional.
Terima kasih.
Rujukan utama :-
rujukan sampingan:-
rakan-rakan daripada aliran agama dan rakan-rakan yang saya hormati.

P/S : Kenapa timbul isu nak pegang anjing sedangkan bertahun-tahun sebelum ini pun kita mmg x pegang anjing. Apa keperluannya? Ada beza antara ehsan pada binatang dan sengaja nak pegang tu...


EmoticonEmoticon