Aku Tak Teruja


Kau masih bermain kata
Tatkala hatiku tawar tiada rasa
Kau fikir aku ini mesin uji cuba
Untuk menguji masih bersisakah cinta

Benar dahulu aku buta
Kata hasratmu cuba kupenuhi semua
Namun Tuhan itu Maha Kuasa
Ditonjolnya pertualang sebalik drama

Sungguh aku tak teruja
Terima 'text' kiriman si dia
Meremang bulu terasa loya
Kenang sikapmu bikinku kecewa

Jika kau rasa masihku beriya
Nampaknya sangkamu salah belaka
Sejak peristiwa kau dan dia
Berganjak aku tiada hampa

Walau hati berbirat luka...

IdhamM
231214 1506
Kuala Lumpur


EmoticonEmoticon