• Saya dan Petrosains


    Kali pertama saya melawat Petrosains adalah pada tahun 2003. Terima kasih kepada cikgu sekolah rendah sy yang mengaturkan lawatan ke KLCC dan Petrosains. Masa tu jakun gila dpt pergi ke bangunan berkembar tertinggi di dunia dan masuk ke muzium sains- petroleum yang serba interaktif. Sy ingat lagi yang saya x mampu beli cenderahati kat kedai cenderamata Petrosains (Xplorasi), dan akhirnya saya memilih membeli poskad gambar KLCC sebagai tanda kenang-kenangan.
    Tahun 2008, selepas SPM, time happy merdeka, sy boring. Masa banyak dihabiskan dgn fb dan chatting. Ditakdirkan Allah masa chatting, ada seorg sahabat rapat maklumkan ttg peluang jd sukarelawan di Petrosains. Maka diri ini pun mencuba nasib. Bukan nak sangat pun fikir ttg gaji, tapi pengalaman. Itu kata2 smgt ayah dan mak ttg kerja sukarela kat Petrosains.
    Alhamdulillah, setelah isi borang dan menunggu beberapa hari, sy dipanggil utk temuduga. Berdegup2 jantung pergi interview dgn sebuah organisasi agak popular. Temuduga dijalankan dalam bahasa Inggeris ya. Dgn berbekalkan smgt hentam sajalah, sy bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun x brapa yakin sbb jarang berbahasa inggeris.
    Alhamdulillah, sy terpilih walaupun sy tahu banyak calon yg lebih baik dan yakin drpd sy. Rakan2 sy yg terpilih pun bkn calang2 punya latar blkg. Kbykan mereka adalah top student sekolah masing2 dan someone yg excel dlm setiap benda yg dilakukan dan organisasi yg disertai.
    Di Petrosains, sy boleh katakan tiap2 hari belajar perkara baharu. Tiap2 pagi bekerja akan ada sesi sharing oleh staf dan volunteer ttg science facts, kemudian masuk station akan ada staf berkongsi something ttg exhibit atau isu kontemporari exhibit dgn sy dan rakan2 dan ketika engage dgn visitor pun begitu. Sesama volunteer, sama ada senior ataupun sama2 batch pun saling berkongsi ilmu. Itulah bagaimana sy belajar dan meningkatkan diri serta kemahiran sy di Petrosains.
    Semangat Petrosains yg energetic dan suka berkongsi ini menjadikan pengalaman kerja saya di sana cukup menarik. Saya siap rekemen pd junior2 saya utk kerja di sana bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.
    Terima kasih Petrosains atas ilmu dan pengalaman yg cukup bermakna. Persahabatan, ketinggian budaya ilmu, kemesraan dan banyak lagi nilai murni dpt saya belajar di sana dan nilai2 inilah yg saya terapkan setelah masuk ke universiti. Malah saya tak ragu2 katakan, program UTM- University Social Responsibility (USR) Smart Camp di KL, Kluang dan Mini USR Kulai adalah inspirasi drpd ilmu dan pengalaman saya di Petrosains.
    Thank you Petrosains for the wonderful experience. Wishing Petrosains success always. Always Creating Wonders.
    — feeling motivated.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan