• Day 9 - Return home, kesan bius dan dating ayah dan mak

    Sy telah kembali pulang ke kota metropolitan KL setelah menempuh lebih kurang 4 jam perjalanan daripada batu pahat. Selalu kurang dari 3 jam, tapi kalau dah menyinggah, beli nasi beriyani, buah dan putu bamboo, layankan ajelah...
    Sebelum tu, sy menyelesaikan laporan polis di ipk trafik batu pahat ttg kes sy. Menyirap pulak tgk laporan pak cik ty. Haloo, awk masuk simpang dan jalan saya ya, awk tuduh sy yg langgar awk.. oww, semputt... let it be...
    Okay, balik rumah alhamdulillah, rasa damai sgt. Dah lama x damai mcm ni. Tapi kesan ubat bius separuh badan buat rasa mengantuk. Bila duduk rasa pening kepala dan juga tidur, boleh rasa otak berdenyut.
    Nenek, achik yah, pak teh dan mak teh melawat sy. Raa terlalu tak berdaya bila nenek yg dtg pd sy utk bersalam. Maafkan am nenek.
    Sblh ptg, first time dlm sejarah hidup sy selama 23 tahun, mak dan ayah dating bawa sy yg berkerusi roda ke klinik 1 malaysia. Walaupun dlm kwsn kejiranan sy je, tp still penat. Byk sgt halangannya. Tambah memenatkan apabila org yg boleh mencuci luka tu dah balik.. haih.. sabar je la...
    Anyway, sy menikmati detik itu. Sbb itu keajaiban. Tak mudah utk mak ayah bersama2 bersepakat utk sy didepan mata sy. Alhamdulillah..
    Dalam byk2 kurniaan Allah dlm dunia utk sy, sy tak ragu2 kata ianya mak ayah sy. Terima kasih Allah. Aku meniti ujianmu dgn penuh hikmah.
    Kpd Angah, terima kasih jaga MHS along kat hospital bp, Allah jualah yg mampu balas budi baik angah. Bljar baik2 tau dan take care! Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat para doktor, nurse, rakan-rakan UTHM, UTM dan TIKL yang sudi melawat saya semasa di hospital. Terima kasih sangat-sangat.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan