Berilmu tapi Tiada Akhlak

Ilmu yg dipelajari seharusnya menjadi benteng dan tunjang untuk menjaga seseorang drpd kelekaan dan juga culas. Semakin tinggi ilmu sepatutnya semakin berbudi dan tinggi sahsiah.
Ok, cuba kita hayati sirah nabi. Allah kurniakan Nabi SAW ilmu dan mukjizat menjadikan Baginda seorang yg dihormati dan bersahsiah tinggi. Para sahabat Nabi SAW mengambil tauladan dan juga mencontohi akhlak Nabi. SubhanaAllah.
Tapi lain pula berlaku masa kini. Makin tinggi ilmu makin kita sesuka hati memperlekehkan org yg tidak sebulu dgn kita. Mencaci dan menghina perkara biasa, belum dikira lagi fitnah yg makin berleluasa.
Kita boleh berbeza pendapat, tetapi bukan alasan untuk kita menunjukkan akhlak buruk kita. Seharusnya, kita sanggah dgn ilmu, hujah dgn fakta.
Jgn hanya pakai songkok kopiah atas kepala, segala mentera dan caci maki keluar x semena2 sbb perasaan benci kita pd sesuatu..
Salam hormat 


EmoticonEmoticon