Berakhir 14 Minggu...Pheww

Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera.

Dah lama dah teman tak update blog teman ni. Kalau update tu, cuma ulangan daripada facebook teman.

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah minggu ke -14. Semester ini agak tuff. Banyak juga la yang jadi. Alhamdulillah, teman bersediri mencari kekuatan diri, dibantu mak ayah yang memahami dan rakan-rakan serumah yang agak caring. Moga Allah jualah yang membalas budi baik dan keikhlasan nasihat kalian.

Serius beb, dulu masa roomate zaman diploma putus cinta, teman gelak guling-guling. Sekarang bila dah terkena pada batang hidung teman, barulah padan muka. Hahaha...

Alhamdulillah, teman sekarang makin tenang walaupun kadang-kadang jiwa kacau juga bawa moto ulang alik Jalan Kluang dari pekan Parit Raja ke Pusat Bandar Batu Pahat.

Buat masa sekarang, teman dalam proses utk mempersiapkan diri untuk final exam yang bakal bermula 10 Jun ini. Selain itu, teman juga cuba membantu sebaik yang mungkin utk mak ayah teman yang bakal menerima jemputan Allah SWT ke Makkah dan Madinah menunaikan umrah pada penghujung Jun ini. Mohon jasa baik rakan-rakan doakan mak ayah saya. Aminnn..

Teman juga kini berusaha keras untuk membantu Saraoge Confectionary, sebuah IKS kecil di Parit Sulung untuk mengembangkan perniagaan kuih-kuih tradisional. Mudah-mudahan niat yang baik dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah.

Itu sahaja kot buat kali ini. Saya sharekan gambar saya dan pasukan untuk membantu pihak Saraoge Confectionary untuk memajukan perniagaan. Cheerio!


Dari kiri, Azizi, Haironizam, En. Kaseri (Team Principle), saya dan Jaswant. Masing-masing dari kos yang berlainan.



EmoticonEmoticon