Brand Promise : Masa


Semasa sy berkhidmat utk Petrosains, satu perkara yang saya belajar adalah masa. Kalau roll call tu jam 9.15am, sblm jam 9.15am tu perlu ada utk sama2 mendengar taklimat drpd PIC operation hari tu.

Malangnya, x ramai antara kita yang ada satu sifat yang dinamakan, 'sense of urgency'. Sbg contoh, kalau program jam 8 pagi, dtg jam 8.30am, 9.00 am, hatta nak habis program baru nak datang. Alasan? Bas, trafik dan so on. Walhal masalah bas, trafik dan dll tu mslh yang tak dapat elakkan dan bersifat berulang.



Mari kita audit diri kita kembali dengan mempertimbangkan perkara berikut

1. Sejauh mana kita peka dengan masalah yang berlaku di sekeliling kita?

2. Apa tindakan kita untuk menghadapi masalah itu bagi memastikan semua urusan yang berkait dengan masalah itu tidak terjejas?

3. Strategi yang diatur sekiranya plan pertama dan kedua tidak menjadi?

Kawan2, kita harus akur bahawa menepati masa bukan hanya brand promise bagi organisasi, tetapi diri sendiri. Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sekali kalau orang tak percaya kepada kita, sampai mati pun begitu.

Kepada Allah jualah diri ini akan kembali... — at Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan


EmoticonEmoticon