Al kisah Mee Kari Ramli Bidor dan si cilik pembantu kedai

Laju je adik ni jalan, nak layan kehendak pelanggan

Pagi tadi, saya bersama keluarga saya bertolak pulang dari Bota Kanan ke KL slps ziarah opah dan atuk. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah beli buah dan juga isi perut sebelum pulang ke KL.

Kami sekeluarga singgah makan mee kari Ramli di Bidor. Sedap mee karinya dan tak masuk asam pun mcm mee kari biasa. Yg menariknya, pembantu warung terdiri daripada si cilik. Alahai, comelnya. Kecil2 lagi dah diajar membantu mak ayah berniaga di warung.

Tatkala ramai kanak2 lain bersuka ria di musim cuti sekolah, adik ini begitu tekun membantu mak ayahnya. Ada juga kedengaran si cilik ini buat silap hantar order, tapi dia tak melawan dan mendgr dgn penuh patuh.

Mudah2an, si comel ini menjadi usahawan yg berjaya, sama seperti mak ayah beliau. Mee kari Ramli Bidor terletak di sebelah kanan simpang slps keluar plaza tol bidor. Mmg ramai pengunjung di situ. Bagi sesiapa yg kesempatan ke Bidor, cubalah rasa. In sya Allah, sedap.



Mee Kari Bidor, simply the best.. :)


EmoticonEmoticon