• Berkira dengan kerja, tapi....


    Kita ini, terlalu sangat berkira dengan kerja. Berkira dengan berapa banyak gaji, punch out kerja nak awal sahaja, dan nak dapat itu dan ini dalam kerja yang kita lakukan.

    Pernahkah kita berfikir, berapa banyak pulak masa bekerja yang kita ambil untuk diri sendiri? Sbg cth, dah punch in kemudian sempat lagi pergi mengeteh dan hisap rokok dua tiga batang. Kemudian, apakah kita melaksanakan amanah orang dengan sempurna? Sbg cth kalau yg jaga kaunter tu, apakah kita memberikan layanan terbaik kepada pelanggan kita.

    Kita begitu hebat bermatematik apabila disoal tentang kerja, tetapi apakah kita melaksanakan apa yang sepatutnya. Jangan nanti dah tiba di pdg mashyar, kita menangis dan sesal ditanyakan tentang amanah yang dipikul.
     — at Pejabat Pos, Parit Raja
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan