Bagaimana nak faham rakyat kalau dah jentera pun bermasalah

Barang naik, minyak naik, tol naik, apa lagi yang naik lepas ini. Rakyat pula dalam diam naik angin dengan kerajaan 'pilihan' rakyat ini. Mana pergi janji-janji manis yang ditabur sebelum pilihanraya lalu. Atau pemimpin kita masih bermain sifir semua naik sekarang, nanti nak dekat pilihanraya, kerajaan turun mendadak. Itu yang jual gula RM1 sekilo, beras RM5 masa PRK Dun Sg. Limau tempoh hari tatkala rakyat di tempat lain masih pening memikirkan cara untuk jimatkan perbelanjaan.

Cukup2lah pihak kerajaan bermain silap mata. Tak menjadi pun. Rakyat bukanlah bodoh, tolak batu dan kayu terima sahaja. Rakyat makin pandai, malah lebih dari apa yang kerajaan jangkakan. Ini bukan zaman kerajaan tahu semuanya, pakai songkok dan tali leher, terus jadi harapan rakyat.

Lihat sahaja bagaimana korupnya orang dalam makmal khas yang alkisahnya sentiasa berusaha untuk turunkan kos sara hidup rakyat dalam PEMANDU. Bagaimana nak dapat input yang berkesan tentang kesusahan rakyat kalau dah orang yang kaji tentang perkara yang kritikal ini 'kaki clubbing' dan hidup bermewah-mewah. Kalau dah orang bawah bermasalah, jangan ceritalah dengan mereka yang berada di atas.

Semakin hari, tindakan kerajaan makin meragukan. Jangan sampai penyokong sendiri (bukan saya) bertindak menjadi anti pula. Bungkus nanti. Bak kata seorang pelawak terkenal, Lu Pikir la Sendiri!

Sumber dan Terima Kasih :- Encik Mazidul Akmal
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/antara-profesor-di-makmal-pemandu.html



Keupayaan jentera dilantik PM kita diragui berikutan kegagalan untuk menangani isu semasa negara


EmoticonEmoticon