KPM Perkenal Logo Baharu


Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan logo baru menggantikan logo lama selepas penggabungan semula Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Logo baharu KPM telah dicipta oleh Y. Bhg Prof Datuk Dr. Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad dari Majlis Rekabentuk Malaysia.


RASIONAL
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. 


Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. 

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. 

Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


Logo Baharu KPM



Logo lama KPM

Komen : Logo lama nampak lebih cantik, bersifat kebangsaan dan menarik bagi saya. Mungkin ada rasional atau sebab yang kukuh kenapa logo yang lama itu diubah.


EmoticonEmoticon