• Terima kasih atas kepercayaan kalian!



    Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera


    Ahli KKDT yang dikasihi.



    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KKDT kerana diberi peluang untuk bersama menerajui KKDT untuk sesi 13/14. Saya dengan rendah hati memohon untuk diberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan kepimpinan Kelab Keusahawanan Dan Teknologi (KKDT) UTHM untuk memimpin kelab seterusnya meningkatkan budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. 

    Tahniah juga buat Saudara Zul yang dipilih menjadi Presiden KKDT yang baharu, saya saya mengajak rakan-rakan KKDT semua menyokong beliau dalam usaha mentransformasikan KKDT ke tahap yang lebih baik.

    Saya juga menjemput rakan-rakan saya di UTHM untuk menyertai kelab ini dan bersama pasukan saya meningkatkan ekosistem keusahawanan di UTHM dan mahasiswa amnya. Saya dan rakan-rakan kepimpinan akan berusaha membantu siswa/i untuk bertapak dan juga meneroka ilmu keusahawanan bersama kami. Sila jemput bersama rakan-rakan anda untuk ramai2 sertai kelab ini.

    Kepada ahli kelab sedia ada, teruskan bersama KKDT dan insyaAllah, dari masa ke semasa, kita akan berusaha mengukuhkan ukhwah dan juga ikatan kita dalam kelab ini. Saya sedar bahawa andalah aset KKDT yang paling berharga dimiliki KKDT.

    Pelbagai aktiviti2 menarik akan diaturkan untuk bekalan dan memperkasakan diri siswa dengan ilmu keusahawanan. Saya mohon juga rakan-rakan siswa/i yang ada cdgn aktiviti untuk maklumkan kepada saya atau rakan2 untuk dijalankan dalam kelab ini.

    Kepada rakan-rakan pimpinan mahasiswa Intervarsiti, saya mewakili rakan-rakan dalam KKDT UTHM amat mengalu-alukan kerjasama dan juga idea untuk membangunkan kelab kami dan bertukar idea demi kebaikan bersama. Semoga dengan platfom KKDT ini, siswa/i UTHM mampu bergraduasi bukan hanya sekadar segulung ijazah, tetapi mempunyai syarikat malah income sendiri. insyaAllah.

    Terima kasih.

    Ikhlas,
    Naib Pengerusi KKDT UTHM
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan