Harapan Mak Ayah

Semalam, saya memandu lebih lapan jam dari KL-BP-KL, menghantar adik saya mendaftar di IPT untuk sambung belajar. Selain terpaksa mengharungi kesesakan di Parit Raja untuk parking, dalam perjalanan pulang pun mengalami kesesakan di pekan Parit Raja, di pekan Air Hitam, Tol Air Hitam dan kesesakan 'jumbo' di Lebuhraya Plus, berrmula dari Pedas-Linggi lagi, memaksa kami guna jalan alternatif utk sampai KL.

Dari pemerhatian sy, di UTHM dan di lebuh raya, terutama di susur masuk-keluar kawasan yg ada ipt spt Ayer Keroh, Nilai, Bangi, Serdang dan Ayer Hitam, mak ayah sanggup datang beratus2 batu jauhnya untuk menghantar anak2 mereka sebagai tanda sokongan moral dan bangga anak2 mereka masuk ipt.

Kawan2 di IPT harus sedar, kita harapan ibu ayah. Mereka takkan bersusah payah hantar kalau tahu kita takkan berjaya di IPT. Sedarlah, mereka mengharapkan kejayaan dari kita, walaupun tak terungkap dari kata2..




EmoticonEmoticon