Terima kasih, semua!

19-8-2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca

Terima kasih kerana sudi mengikuti post saya di sini. Saya amat menghargainya sangat-sangat. Dan berharap agar apa yang saya kongsikan di sini menjadi manfaat buat semua.

Untuk makluman semua, saya dalam usaha untuk mengemas kini blog saya dan untuk menukar laman blog ini kepada web peribadi. Walau bagaimana pun, fungsi masih lagi sama dan saya berharap perkara yang kecil tapi bermakna yang saya kongsikan di sini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Sekiranya terdapat kekurangan, tersentuh hati sama ada baik ataupun sebaliknya, saya memohon maaf dengan penuh rendah hati. Sesungguhnya, saya hanyalah insan kerdil dan tak mampu untuk puaskan hati semua orang.

Saya sentiasa mendoakan agar semua orang berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan masing-masing dan terus mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Saya juga igin mengajak agar kita sama-sama terus istiqamah mendoakan rakan-rakan dan saudara kita yang sedang menghadapi ujian Allah di Mesir, Syria, Palestin dan lain-lain negara Islam yang bergolak. Sesungguhnya, apa yang berlaku hari ini adalah ujian buat kita supaya terus tabah dan bersedia untuk kemenangan yang lebih besar.

Terima kasih untuk masa kalian semua. Teruskan mengikuti cak-lempong!

Ikhlas,
-Idham M-


EmoticonEmoticon