-
Hidup kata pergi, maut kata mari..
Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera
16 Ogos 2013
1. Pagi tadi mendapat khabar yang kawan satu flat yang sebaya dan adiknya maut dalam kemalangan di Bidor. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga Allah merahmati mereka. Al-fatihah.
Ini mengingatkan saya bahawa maut tak kira usia, hari ini mungkin kita bernyawa, esok belum tentu lagi..
2. Kecuaian membawa padah. Hari ini semasa saya menghantar adik saya ke bank, seorang penunggang motorsikal dan pemboncengnya dimarahi di simpang jalan di Wangsa Maju kerana memberhentikan motor pada kotak kuning. Memang patut pun begitu, kerana kotak kuning itu adalah kawasan larangan berhenti, dan hormatilah hak orang lain semasa di jalan raya.
Mati itu pasti, dan malang tidak berbau. Jadi, sediakanlah bekal kita dengan mencukupi, sebelum kita menghadap Illahi. Pesanan buat diri sendiri terutamanya...Hidup kata pergi, maut kata mari..Unknown 3:16:00 PTG
Unknown
Integer sodales turpis id sapien bibendum, ac tempor quam dignissim. Mauris feugiat lobortis dignissim. Aliquam facilisis, velit sit amet sagittis laoreet, urna risus porta nisi, nec fringilla diam leo quis purus.
You might also like
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan