Hebatnya seorang perempuan



Perempuan adalah makhluk yang diciptakan Allah yang sangat unik dan hebat. Walau sesusah manapun perempuan itu, dia tetap kuat, terutama melindungi orang yang dia sayang seperti anaknya atau keluarganya.. Saya tak faham dari mana datangnya frasa " Perempuan adalah kaum yang lemah". Bagi saya, perempuan / wanita adalah kaum yang mengagumkan.

Tak percaya? Cuba fikirkan jasa dan juga pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita sejak kita dalam rahim ibu sampailah berada di tempat sekarang... huhu... Agak-agaknya, kita mampu tak buat perkara sama?

Malah, Nabi SAW mengiktiraf pengorbanan perempuan bernama ibu ini tiga kali dahulu sebelum ayah.


EmoticonEmoticon